Gaya hidup›Kesihatan

Berita
2.3 Peratus Kes Baharu COVID Hari Ini Babitkan Kategori 3,4,5 – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Sebanyak 338 kes atau 2.3 peratus daripada 14,990 kes baharu COVID-19 hari ini adalah dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 14,652 kes atau 97.7 peratus lagi melibatkan kategori satu dan dua, iaitu pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kes […]
Kesihatan
Pasukan Penyelidik China Rungkai Rantaian Penularan Lengkap Varian Delta
GUANGZHOU, 22 Sept (Bernama) — Sebuah pasukan penyelidikan di Guangzhou berjaya meleraikan rantaian transmisi lengkap mutasi Delta menerusi gabungan epidemiologi dengan teknologi penjujukan genom virus. Pasukan ini menggunakan pendekatan multi-azimut (multi-azimuth) untuk menggambarkan penularan varian Delta di selatan China serta kinetik virus dan ciri-ciri klinikalnya. Pada 12 September, penyelidikan berkenaan turut diterbitkan di EclinicalMedicine, sub-terbitan jurnal perubatan […]
Kesihatan
COVID-19: Rujuk Panduan Sistem Pengudaraan Di Premis, Elak Penularan Wabak – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Sistem pengudaraan dan kualiti udara yang baik di semua jenis bangunan seperti tempat kerja, premis perniagaan, institusi pengajian, rumah ibadah dan kediaman adalah antara strategi penting untuk membendung penularan COVID-19. Justeru itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan agar semua pihak merujuk dan mengguna pakai panduan sistem pengudaraan yang disyorkan […]
Berita
Individu Jalani Isolasi Di Rumah, PKRC Akan Divaksin Sebaik Selesai Kuarantin
KOTA BHARU, 22 Sept (Bernama) — Setiap individu yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan yang belum menerima vaksin COVID-19 akan menerima suntikan itu sebaik mereka dibenarkan pulang ke rumah. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata strategi itu adalah bagi mempercepatkan usaha kerajaan […]
Berita
Sultan Selangor Zahir Dukacita, Teliti Nama Enggan Ambil Vaksin
SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan meneliti nama-nama guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), ahli jawatankuasa masjid dan jurunikah yang tidak mahu divaksin dan menentukan tindakan yang bakal diambil terhadap mereka. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dan […]
Berita
KPM Tidak Halang Kehadiran Pelajar Tolak Vaksin Di Sekolah
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan menghalang pelajar yang tidak mengambil vaksin COVID-19 daripada hadir di sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dilaksanakan nanti. Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon berkata beliau tidak menolak kemungkinan ada pelajar yang menolak vaksin itu tetapi hanya sebilangan kecil kerana ibu bapa […]
Berita
Negeri Sembilan Beralih Ke Fasa Empat, Pahang Ke Fasa Tiga Dan Johor Ke Fasa Dua Berkuat Kuasa 24 Sept – PM
Kerajaan akan membenarkan peralihan fasa bagi Negeri Sembilan, Pahang dan Johor berkuatkuasa 24 September ini. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, peralihan fasa ini dibuat selepas penilaian risiko semasa dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengambilkira kemasukan ke […]
Berita
Kedai Runcit & Restoran Antara Yang Dibenarkan Beroperasi Mulai 6 Pagi – 12 Tengah Malam Bermula Esok – PM
Kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan kedai runcit, pasar mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka beroperasi mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam berkuat kuasa esok. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, keputusan tersebut dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilakukan. Oleh yang demikian, […]
Berita
Tiada Kes COVID-19 Babitkan Pelancong Di Langkawi
ALOR SETAR, 22 Sept (Bernama) — Tiada kes positif COVID-19 dilaporkan setakat ini membabitkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi sejak pulau itu dibuka untuk gelembung pelancongan pada 16 September lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata setakat ini kes jangkitan wabak itu hanyalah melibatkan […]
Kesihatan
Tingkatkan Pengambilan Serat Dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™
Shah Alam, 30 Ogos, 2021 – Adakah anda mengalami kesukaran menyediakan hidangan yang sihat, enak dan segera untuk sarapan, makan tengah hari, snek mahupun makan malam? Dapatkan Kacang Panggang Ayam Brand™ (Ayam Brand™ Baked Beans) yang kaya dengan serat dan protein, serta rendah kandungan lemak. Legum seperti kacang adalah sumber pemakanan berserat dan protein berasaskan […]
Berita
TERKINI: 14,990 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini, Selangor Catat Kes Tertinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, sebanyak 14,990 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,142,924 kes. Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari dengan jumlah 2,414 kes dan menunjukkan peningkatan berbanding 1,934 kes semalam. Selain Selangor, tujuh negeri turut mencatatkan ribuan kes positif harian hari […]
Gaya hidup
Zakar Anak Kecil Kena Gigit Tungau? Ini 4 Langkah Ibu Ayah Kena Buat
Mungkin ramai dalam kalangan lelaki yang semasa zaman kecilnya, pernah terkena gigitan tungau pada zakar sehingga alat sulit mereka gatal dan bengkak. Situasi ini biasanya berlaku apabila kanak-kanak lelaki itu bermain di sekitar kawasan semak dan lalang yang merupakan habitat haiwan kecil bernama tungau. Jika perkara ini berlaku kepada si kecil anda, apa perlu buat? […]
Kecantikan
Signature Market Memperkasa Wanita Untuk Menjadi ‘UNIQUECORN’
Kuala Lumpur, 21 September 2021: Jenama barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) terus ke pengguna (DTC) tempatan, Signature Market bakal menganjurkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), “Be A Uniquecorn: Embrace Your Uniqueness, Be Your Own Unicorn” disasarkan kepada komuniti setempat dalam usaha mendukung bulan kesedaran kanser payudara. Signature Market juga bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara […]
Kebajikan
Waris Mangsa Kemalangan Terus Dibantu Dengan Faedah Perkeso
PUCHONG, SELANGOR – YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini, menziarahi waris pekerja pengurusan sisa pepejal yang meninggal dunia pada 21 Mei lalu, setelah mengalami komplikasi pada otak akibat kemalangan pada 12 April 2020. Dalam kejadian malang tersebut, mendiang Viyaja Kumaran A/L T. Veerasamy, 52 tahun, yang […]
Gaya hidup
Ingat Resdung, Lelaki Menderita Hidung Berdarah & Bau Busuk, Terkejut Doktor Periksa Temui…
Ramai yang menganggap bahawa sakit di dalam hidung adalah disebabkan oleh resdung dan membiarkannya saja tanpa dirawat. Namun, sakit sehingga berdarah dan mengeluarkan bau yang busuk perlulah dirujuk kepada doktor pakar kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan penyakit yang berbahaya. Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, penyakit itu dikenali sebagai ‘rhinolith’. […]
Kesihatan
98.2 Peratus Kes Baharu COVID-19 Babitkan Kategori Satu Dan Dua – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Daripada 15,759 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini, 288 kes atau 1.8 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 15,471 kes atau 98.2 peratus lagi terdiri daripada kategori satu dan dua, yakni melibatkan pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor […]
Berita
JPA Kemuka Cadangan Tindakan Terhadap Penjawat Awam Enggan Divaksin Kepada MKN
PUTRAJAYA, 21 Sept (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengemukakan cadangan berhubung tindakan yang boleh diambil terhadap penjawat awam yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). JPA dalam kenyataan hari ini memaklumkan beberapa pilihan tindakan dan pendekatan telah dibawa kepada MKN untuk diputuskan termasuk cadangan arahan mewajibkan semua penjawat awam mengambil vaksin kecuali […]
Berita
Gara-gara Enggan Berjual-beli Dengan Lelaki Tak Pakai Topeng Muka, Pekerja Stesen Minyak Maut Ditembak
Seorang pekerja kedai telah dibunuh di Jerman gara-gara enggan menjual minuman keras kepada pelanggan yang tidak mahu memakai pelitup muka. Petugas stesen minyak yang berusia 20 tahun itu telah ditembak mati oleh seorang lelaki berusia 49 tahun yang pulang ke rumah untuk mengambil pistolnya selepas bertengkar dengan pekerja tersebut pada Sabtu, kata polis. Suspek dilaporkan […]
Kesihatan
Khairy Beri Jaminan Cari Titik Penyelesaian Isu Doktor Kontrak
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi jaminan akan mencari titik penyelesaian interim yang lebih baik berhubung isu serta permasalahan yang dihadapi pegawai kesihatan lantikan kontrak. Khairy menyatakan komitmen itu menerusi perbincangannya bersama Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang diadakan secara maya tengah hari tadi. “Beberapa perkara telah dibangkitkan termasuklah kaedah penilaian […]
Kesihatan
Menteri Kesihatan Sahkan Malaysia Sudah Capai 80% Penduduk Dewasa Lengkap Divaksinasi
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan di Twitter mengesahkan Malaysia telah mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi pada jam 1 petang tadi. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan berusaha untuk menjejaki 20 peratus lagi yang belum atau enggan divaksinasi. Pada jam 1300hrs hari ini, Malaysia telah mencapai sasaran […]