Gaya hidup›Kesihatan

Dua Minggu Berlayar Tanpa Arah, Kapal Persiaran Ini Akhirnya Berlabuh Di Kemboja
Sebuah kapal persiaran yang berlayar di lautan tanpa arah tuju kerana dihalang berlabuh di 5 buah negara akibat bimbang penumpangnya dijangkiti koronavirus akhirnya diterima berlabuh di pelabuhan Kemboja. Kapal yang dikenali dengan nama MS Westerdam itu terpaksa menukar arah selepas 5 negara di sekeliling Asia tidak membenarkannya untuk berlabuh di negara mereka. Ianya susulan kebimbangan […]
Universiti Harvard Pelik Indonesia Masih Belum Ada Kes Jangkitan Covid-19
The Guardian melaporkan wujud kebimbangan bahawa Covid-19 mungkin merebak tanpa dapat dikesan di Indonesia, dimana tiada laporan mengenai jangkitan virus berkenaan di negara dengan populasi melebihi 250 juta orang itu biarpun menjalinkan hubungan rapat dengan China. Setakat Khamis minggu lepas, Indonesia menyatakan tiada sebarang sebarang laporan mengenai jangkitan virus COVID-19 di negara yang mengamalkan konsep […]

Banduan British Tiada Gejala COVID-19- Pegawai Kesihatan Thai
BANGKOK, 12 Feb — Banduan British yang pengsan di penjara United Kingdom (UK) yang disyaki dijangkiti COVID-19 telah menjalani pemeriksaan perubatan dan menunjukkan tidak mempunyai gejala virus itu sebelum diekstradisi. Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Dr Sophon Iamsirithawon berkata lelaki berumur 31 tahun itu diekstradisi pada 27 Jan lepas. “Lelaki itu sihat dan tidak demam. Dia berupaya […]
Pakar Hong Kong Dakwa Covid-19 Boleh Jangkiti 60 Peratus Populasi Dunia Jika Tak Mampu Dibendung
Covid-19 mampu menjangkiti 60 peratus populasi dunia jika usaha untuk membendung virus tersebut gagal, dakwa Profesor Gabriel Leung, Pengerusi Perubatan Kesihatan Awam Hong Kong. Beliau berkata demikian setelah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa kadar penularan koronavirus setakat ini hanyalah permulaan dan tidak menggambarkan kemampuan sebenar wabak itu. Hal ini kerana terdapat kes melibatkan individu […]
Kamu Orang Yang Paling Baik Dan Jujur Pernah Saya Jumpa Abam – Kevin Zahri
Kehilangan serorang pelawak terkenal Tanah Air, Abam Bocey atau nama sebenar Syed Umar Mukhtar sangat memberi kesan mendalam pada sahabat selebriti dan orang awam. Sudah tiga hari berlalu Allahyaram Abam meninggalkan rakyat Malaysia. Ramai yang terkesan dengan pemergiannya terutama sekali dalam kalangan rakan selebriti. Hari ini, personaliti TV dan juga jurulatih kecergasan, Kevin Zahri berkongsi […]
Lelaki Pernah Melancong Ke Bali Disahkan Positif Covid-19, Dua Lagi Ditahan Di Hospital
Seorang pelancong China yang baru pulang dari Bali 28 Januari lalu disahkan positif Covid-19, lapor Dailymail. Lelaki berkenaan dilaporkan telah membuat ujian pengesanan di negaranya pada 5 Februari lalu dan disahkan positif. Seorang pegawai kesihatan berkata, lelaki yang berasal dari Wuhan itu dipercayai dijangkiti virus berkenaan selepas dia pulang ke rumah dan tidak dijangkiti semasa […]
Belum Reda Wabak Covid-19, Saintis Dakwa Temui Virus Misteri Yang Tak Dikenali Di Brazil
Para saintis mendakwa telah menemui satu virus misteri yang tidak pernah dilihat sebelum ini di sebuah tasik yang terletak di Brazil dan menamakannya sempena cerita mitos seekor duyung mengumpan askar masuk ke dalam air sehingga lemas. Yaravirus, yang dinamakan sempena nama seekor duyung di dalam mitos iaitu Yara, telah membuatkan para saintis bingung kerana ia […]
Covid-19: Kakitangan Unit Virologi IMR Pastikan Keputusan Ujian Pesakit Disyaki Tepat, Cepat
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Kakitangan Unit Virologi Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah diletakkan dalam keadaan bersedia bagi menjalankan penyiasatan jangkitan COVID-19. Ini terutamanya bagi memastikan keputusan ujian sampel pesakit disyaki COVID-19 yang dijalankan adalah tepat dan dilaporkan kepada pihak hospital secepat mungkin. Pakar Klinikal Virologi IMR Dr Rozainanee Mohd Zain berkata […]
“Saya Suka Bahagian Kepak,” Tak Hirau Wabak Covid-19, Kari Kelawar Dijadikan Hidangan Di Indonesia
Daging kelawar, tikus dan ular masih lagi dijual di sebuah pasar Indonesia yang terkenal dengan pelbagai pilihan daging haiwan eksotik walaupun kerajaan melarang untuk menjadikan ianya sebagai salah satu menu susulan daripada krisis Covid-19 ini. Peniaga di salah satu pasar daging eksotik yang terletak di kepulauan Sulawesi menyatakan bahawa perniagaannya semakin maju kerana para pelancong […]
Singapura Sahkan Tiga Lagi Kes Covid-19, Enam Dibenarkan Pulang
SINGAPURA, 12 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan tiga lagi kes baharu COVID-19 dikesan di republik itu, menjadikan jumlahnya kepada 50 kes. MOH dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua tiga kes itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini. Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan (Kumpulan Perkhidmatan Kesihatan) MOH, Prof Madya Kenneth Mak dalam satu sidang […]
Pengalaman Lepas Jadikan Malaysia Lebih Siap Sedia Tangani Covid-19 – Pakar
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Pengalaman Malaysia berdepan dengan krisis kesihatan seperti virus Zika, Influenza dan Nipah pada masa lepas membolehkan negara ini sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang penularan penyakit berjangkit. Ketua dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Perubatan Kecemasan Universiti Malaya Prof Madya Datuk Dr M. Rishya berkata berdasarkan pengalaman itu, dengan beberapa […]

Pakar Dakwa Covid-19 Mempunyai 96% Persamaan Dengan Bakteria Dalam Gua Kelawar 16 Tahun Lalu
Wabak Koronavirus yang kini dikenali dengan nama Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini didakwa berasal daripada gua kelawar yang ditemui saintis China 16 tahun lalu, lapor pakar. Pengkaji daripada Institut Virologi Wuhan telah berjaya membuktikan kaitan virus SARS dan kelawar buat pertama kalinya dalam kajian pada 2004 selepas memasuki sebuah gua di daerah […]
“Dia Sentuh Butang Lif Guna Siku,” Doktor Ini Nasihat Minimakan Sentuhan Pada Tiga Tempat
Umum telah mengetahui bahawa dunia sedang dilanda dengan wabak virus yang telah diberi nama sebagai Covid-19. Wabak penyakit ini telah membunuh ribuan nyawa di beberapa buah negara. Disebabkan negara kita juga turut terkesan dengan beberapa kes yang disahkan positif dijangkiti dengan virus ini, ianya amatlah penting untuk kita mencegah terlebih dahulu sebelum dirawat. Ekoran wabak […]

Vaksin Bagi Covid-19 Dapat Disediakan Dalam Tempoh 18 Bulan – WHO
Wabak Covid-19 yang melanda dunia pada masa kini semakin membimbangkan ekoran jumlah kematian daripada penyakit ini telah melebihi 1000 orang. Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengurangkan jangkitan dan virus ini daripada terus tersebut. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), vaksin pertama yang digunakan untuk Covid-19 hanya boleh didapati dalam tempoh 18 bulan. Ketua Pengarah WHO, Tedros […]
Bimbang Boleh Sebabkan Jangkitan Covid-19, Pelajar Malaysia ‘Diusir’ Dari Rumah Sewa Di Australia
Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang daripada melawat keluarganya di Malaysia telah diusir keluar dari rumah sewa oleh tuan rumah tersebut gara-gara takut dijangkiti koronavirus. Difahamkan, pelajar tersebut telah menemui sehelai notis tunjuk sebab yang dilekatkan di pintu rumah sewanya yang terletak di Perth. Pelajar itu menyatakan kepada ABC Perth bahawa dia telah balik ke […]
2 Mangsa Positif Koronavirus Di Hong Kong, Virus Mungkin Tersebar Melalui Paip Udara – Pakar
Jangkitan kes koronavirus atau COVID-19 dari manusia ke manusia masih berada dalam kajian kerana banyak maklumat masih belum dapat dipastikan bagaimana jangkitan tersebut boleh terjadi. Namun di Hong Kong, menjadi kebimbangan ramai apabila beberapa dakwaan tular bahawa paip di dalam bangunan telah menyumbang kepada penyebaran virus berkenaan. Dua kes telah dilaporkan semalam di mana kedua-dua […]
(Video) Pusat Pelancongan Didakwa Kosong Tanpa Pelancong Dari China?
Namun demikian, berbeza pula dengan industri pelancongan di New York. Menurut New York Times, hotel-hotel di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty mengalami kerugian besar berikutan koronavirus. Pengurus hotel tempatan yang bergantung kepada kemasukan pelancong China mendakwa anggaran kerugian dihadapi adalah melebihi USD$100,000 bersamaan kira-kira RM414,100. Syarikat yang mengurus lawatan di Manhattan juga berhadapan sehingga […]
(Video) Wanita Dari Wuhan ‘Kantoi’ Sengaja Ludah Pada Pemegang Pintu, Disyaki Jadi Punca Lebih 30 Hidap Covid-19
Penularan wabak COVID-2019 telah menjangkiti lebih 44,793 orang dengan 1,112 daripadanya dilaporkan maut. Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Ketika ini, diseluruh dunia pelbagai langkah pencegahan telah dibuat oleh setiap negara bagi memastika virus ini tidak berterusan merebak. Baru-baru ini, tular satu video dilaman Youtube menunjukkan […]
(Video) Penduduk Dikurung Dalam Rumah, Pintu Dikimpal Dari Luar Dipercayai Nak Elak Koronavirus Tersebar
Beberapa rakaman video menunjukkan petugas mengimpal pintu rumah penduduk di China dipercayai bagi mengelakkan pemilik rumah keluar tular di media sosial. Menurut The Sun, tindakan itu dipercayai untuk membiarkan pesakit koronavirus mati di dalam rumah mereka. Label turut ditampal di luar rumah menandakan terdapat pesakit koronavirus di dalamnya. Dalam video yang tular, kelihatan kumpulan petugas […]
(Video) Diletak Dalam Kotak Besi, Cara Pesakit Koronavirus Ini Diurus Terima Kecaman
Koronavirus dikatakan boleh tersebar melalui titisan air liur pesakit kepada individu lain. Oleh itu, pesakit perlu dikuarantin dari bersentuhan atau berada dalam jarak dekat (6 kaki) dari individu lain bagi mengelakkan jangkitan. Namun, baru-baru ini tular video yang didakwa menunjukkan satu pasangan dipercayai pesakit koronavirus dikuarantin dengan cara yang menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai. Pasangan […]