Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Covid-19: UAE Tambah Cuti Semua Sekolah, Universiti Selama Sebulan

Amira
Kredit: Google

Abu Dhabi, 4 Mac – Kementerian Pendidikan Emiriah Arab Bersatu (UAE) melanjutkan cuti musim bunga selama empat minggu bagi semua institut pengajian tempatan bermula Ahad ini.

Pemberian cuti tambahan tersebut melibatkan semua sekolah-sekolah, kolej dan universiti awam serta swasta di negara berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan Gulf News, kerja-kerja pembasmian virus akan dilakukan di fasiliti pendidikan di sana sepanjang tempoh tersebut.

Kementerian turut mengumumkan inisiatif pembelajaran jarak jauh yang bakal dijalankan pada dua minggu terakhir cuti berkenaan.

Inisiatif tersebut bagi memastikan kelangsungan proses pembelajaran di rumah.

Sumber: Gulf News