Gaya hidup›Kesihatan

“Bila Picit Memancut Nanah Keluar,” Doktor Selar Tindakan Ibu Bersalin Sapu Kunyit Dan Manjakani Untuk Keringkan Luka ‘Caesar’
Berpantang selepas bersalin adalah satu tempoh yang paling penting untuk wanita. Ada yang berpantang selama 44 hari atau 100 hari mengikut pantang-larang tertentu. Sama ada bersalin secara normal atau secara caesar (pembedahan) masing-masing ada petua yang diamalkan supaya luka bersalin cepat sembuh. Namun, ada juga petua-peua yang dikongsi melali media sosial untuk mengeringkan luka bersalin, […]

”Saya Tak Kisah Digelar ‘Mr 3 Meters’, Panggillah Apa Gelaran Pun” Netizen Puji Menteri Kesihatan Kuatkuasa Larangan Merokok Di Premis Makanan
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah mengumumkan bahawa tempoh penguatkuasaan pendidikan bagi larangan merokok di tempat-tempat makan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini. Penangguhan itu dibuat bagi memberi peluang yang secukupnya kepada perokok untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka tentang bahaya kesan merokok serta kawasan larangan merokok. Tindakan tersebut lantas mendapat reaksi daripada pelbagai netizen. Rata-ratanya menyokong […]

Pakar Neuroscientist Kongsi 8 Tip Bagaimana Untuk Hidup Lebih Bahagia, No 1 Tu Paling Susah Orang Nak Buat
Terdapat beribu-ribu tips dan teknik psikologi yang boleh membantu anda berasa lebih gembira pada setiap hari yang baru. Tetapi bagaimana jika badan kita sendiri memberi reaksi yang sebaliknya tentang perbuatan tersebut? Para saintis dalam bidang neurosains baru ini telah membuat beberapa penemuan unik yang tentang otak dan tubuh badan kita. Para saintis ini juga memainkan […]

Baru Berusia 10 Tahun, Budak Ini Jadi Kanak-Kanak Paling Gemuk Di Dunia Dengan Berat Mencecah Lebih 190kg
Seorang budak lelaki yang baru sahaja berusia 10 tahun telah menjadi kanak-kanak paling gemuk di dunia kerana mencatatkan berat sebanyak 196.8kg. Mohammed Arbrar yang berasal daripada Pakistan itu dijadualkan akan menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badannya demi menyelamatkan nyawanya. Dengan memiliki berat badan yang tidak normal, dia terpaksa bergelut dengan beratnya setiap kali dia hendak […]

Akibat Tidak Mahu Berjumpa Doktor Gigi, Lelaki Ini Letak Minyak Brek Pada Gigi Sakit Sehingga Masuk ICU
Gigi adalah merupakan antara organ manusia yang paling penting kerana tanpanya, kita tidak akan dapat menikmati makanan sepenuhnya. Malah, sakit gigi juga merupakan kesakitan yang amat sukar untuk ditanggung bukan sahaja oleh kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa. Akan tetapi, jangan terkejut jika ada daripada orang dewasa yang masih lagi takut untuk berjumpa dengan doktor […]

SuperPark Malaysia Tawar 25 Aktiviti Menarik Buat Seisi Keluarga
Tak tahu nak ke mana hujung minggu ini bersama keluarga? Mahu beriadah namun sudah bosan untuk pergi ke gimnasium? Anda kini sudah tidak perlu pening untuk memikirkan kesemua masalah itu. Ini kerana, SuperPark Malaysia yang terletak di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur bakal menawarkan pengalaman yang unik untuk anda serta seisi keluarga untuk menikmati […]

Jantung Berdegup Laju Bila Dalam Bilik Doktor, Anda Mungkin Berisiko Mendapat Tekanan Darah Tinggi
Selalunya ramai yang hanya pergi ke klinik atau hospital semasa sakit sahaja. Orang kata sudah terhantuk baru terngadah, sudah jatuh sakit baru beringat untuk berjumpa yang pakar. Walhal perkara itu sebenarnya boleh dicegah atau diketahui lebih awal sekiranya kita rajin membuat pemeriksaan kesihatan di klinik mahupun hospital. Pemeriksaan tersebut sebenarnya akan memberi peluang kepada anda […]

“Awasi Anak Anda Ketika Bermain,” Doktor Ini Kongsi Detik Cemas, Kanak-kanak 5 Tahun Tertelan Cangkuk Pancing Mainan
Setiap ibu bapa inginkan kebahagiaan anak-anak mereka terutamanya sekali sewaktu kecil. Teringat zaman kecil-kecil dahulu, ibu bapa kita selalu belikan mainan kesukaan kita. Tapi, sedarkah anda sebagai ibu bapa, anda seharusnya berwaspada dan elakkan membeli permainan yang berbahaya, berisiko tertelan. Terutamanya mainan yang bersaiz kecil dan mudah untuk dimasukkan ke dalam mulut. Ikuti kisah Dr […]

Dari Baju Saiz 7XL, Berjaya Pakai Baju Saiz M Dan Berjaya Hilang 130kg Berat Badan, Ini Cara Pemakanan Yang Diamalkan Lelaki Ini
Pada berat 215 kg dan memiliki saiz XXXXXXXL, harapan seorang lelaki yang bernama Jon Vidler untuk mempunyai kekasih menjadi amat tipis disebabkan oleh saiz badannya yang terlampau besar. Namun selepas dia dinobatkan sebagai lelaki yang paling berjaya kurangkan berat badan di dunia untuk tahun 2019, peluangnya untuk mempunyai kekasih itu kembali cerah. Selepas berjaya mengurangkan […]

Malu Disuruh Beli Dua ‘Seat’ Jika Mahu Naik Pesawat Jadi Motivasi Lelaki Ini Hilangkan Separuh Berat Badan
Siapa sangka, perasaan marah dan malu dahulu apabila dipaksa membeli dua tempat duduk untuk menaiki pesawat akhirnya merubah pemikiran dan saiz tubuh badannya sekarang. Kehidupan biasa Gary Kirkwood, 31, dahulu apabila dia memulakan harinya dengan bersarapan bijirin manis, diikuti kentang goreng, kerepek ikan, sosej gulung, pizza, dan makanan sejuk beku akhirnya mengambil keputusan untuk memulakan […]

Tua Sebelum Umur, Wanita Yang Terdedah Kepada Asap Rokok Lebih Berisiko Dapat Penyakit Berbanding Lelaki – KKM
Maklum mengetahui bahawa amalan merokok membahayakan kesihatan dan membuatkan diri terdedah kepada pelbagai penyakit. Tabiat merokok waktu ini tidak dapat dikhususkan lagi kepada kaum lelaki sahaja, tetapi sudah melibatkan kaum wanita. Seperti lelaki juga, perokok perempuan juga terdedah kepada bahaya dan risiko kesihatan yang boleh menyebabkan kanser. Tambahan, kecenderungan perokok wanita adalah lebih tinggi kepada […]

Bakteria ‘Makan’ Bahagian Kornea, Doktor Kongsi Gambar Pesakit Tak Sensitif Penjagaan Mata
Amalan tidur tanpa menanggalkan kanta lekap merupakan amalan yang membawa risiko kepada kesihatan mata. Perkara ini sering menjadi tanda tanya umum khususnya yang mengalami masalah penglihatan iaitu rabun. Menurut seorang doktor mata, dia sering mendengar pelbagai reaksi umum seperti, “Saya tidur sepanjang masa dengan kanta lekap dan saya tidak pernah mengalami masalah.” Berkenaan reaksi tersebut, […]

(Video)”Stand4Strength Challenge”, Anda Mungkin Akan Ada Masalah Untuk Berjalan Nanti Jika Tak Dapat Buat Cabaran Ini
Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan cabaran-cabaran menjadi tular di media sosial. Antaranya ialah Keke Challenge, Bird Box Challenge dan sebagainya. Namun kebanyakan daripadanya adalah tidak mendatang faedah dan berbahayakan. Lain pula ceritanya dengan #Stand4Strength Challenge ini. Ia adalah salah satu cabaran terbaru yang dianjurkan oleh Abbott Family Singapore dan Society of Geriatic Medicine […]

”Kawan Kata Normal ‘Baby’ Kurang Bergerak Bila Cukup Bulan”, Bayi Nyaris Maut Terbelit Tali Pusat Kerana Ibu Percaya Cakap Kawan
Menimang cahaya mata adalah menjadi antara saat paling indah bagi setiap ibu bapa. Seorang ibu yang mengandungkan kandungan selama 9 bulan pasti mahu cahaya matanya dilahirkan dengan sempurna dan selamat. Akan tetapi, kadang kala sebahagian daripada mereka yang tidak sedar mengenai bahaya yang sedang menimpa kandungan mereka walaupun telah diberikan petunjuk seperti kurangnya pergerakan bayi […]

Penyelidik Jepun Dakwa Makan Nasi Mungkin Dapat Atasi Masalah Obesiti
Berhenti memakan nasi merupakan salah satu di antara langkah pertama yang sering diambil oleh sebahagian daripada kita ketika mula mengamalkan diet. Bagaimanapun, kajian telah menunjukkan yang sebaliknya. Prof Tomoko Imai dari Doshisha Women’s College of Liberal Arts di Kyoto, Jepun dan pasukannya mendakwa makan nasi dapat membantu mengurangkan risiko obesiti. Menurut hasil kajian mereka, negara […]

”Tulang Dada Timbul Tajam Di Tengah-Tengah, Gigi Pulak Sama Macam Spongebob”, Wanita Alami Penyakit tulang Rapuh Kongsi Liku-Liku Hidupnya
Bukan mudah menjalani kehidupan dalam kalangan masyarakat yang kurang pengetahuan tentang penyakit tulang rapuh, osteogenesis imperfecta (OI). Selama 25 tahun hidup, Nabihah menghadapi situasi sukar apabila berada dalam tempat sesak samada di pasaraya atau kenduri keluarga. Kalau anda ada kenalan atau saudara yang mempunyai OI, sila faham kenapa ada antara mereka yang jarang muncul di […]

Dapat ‘Beauty Problem’, Bulu Mata Wanita Ini Memanjang Selepas Jalani Rawatan Kanser
Seorang pesakit kanser usus yang tidak mahu dikenali menjadi terkenal gara-gara bulu matanya yang memanjang selepas selesai menjalani rawatan kanser. Beliau yang berumur 45 tahun memberitahu sumber bahawa bulu matanya memanjang sebanyak 3cm (1.2 inci) selepas tiga minggu menjalani rawatan. Beliau yang telah menjalani rawatan kanser usus tahap akhir memberitahu ramai yang bertanyakan tentang dimana […]

Busuk Bukan Sebarang Busuk, Ini Khasiat Dan Cara Hilangkan Bau Petai Dengan Cepat
Banyak yang akan menghindari daripada termakan petai kerana baunya yang busuk tetapi ramai juga yang menjadi penggemar petai atau nama spesifiknya parkia speciosa sebagai satu hidangan istimewa untuk menambah selera makan. Sesetengah orang akan masak petai bersama sambal, ikan asin, tempoyak dan bakar untuk jadikan ulaman. Walaupun petai itu akan membuatkan sesetengah orang kurang selera […]

Takut “Tertewas” Di Tengahari Semasa Bulan Ramadan? Amalkan Lima Tips Ini Untuk Kekal Bertenaga Lebih Lama
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bulan Ramadan menemui kita semua. Bulan ke-sembilan dalam kalender Islam itu sering dinantikan kerana ia adalah satu bulan yang penuh keberkatan yang juga dikenali sebagai bulan paling mulia di sisi Allah swt. Umat Islam di seluruh pelusuk dunia diwajibkan untuk berpuasa dan menahan diri daripada makan, minum serta melakukan […]

Muda Lagi Tapi Rambut Dah Beruban, Ini 4 Sebab Uban Tumbuh Terlalu Awal
Rambut merupakan salah satu aset penggayaan yang penting buat seseorang yang mementingkan penampilan diri. Pasti ada diantara kita yang gemar memakai topi kerana malas untuk menyikat rambut. Namun ada juga generasi pada masa kini yang suka menggayakan rambut dengan pelbagai gaya yang terdapat pada zaman kini. Rambut juga merupakan mahkota bagi setiap orang, baik lelaki […]