Gaya hidup

Gaya hidup
(Video) Mempunyai 250,000 Pengikut Di Youtube, Wanita Ini Antara ’Game YouTuber’ Tertua Di Dunia
Seorang wanita berusia 90 tahun di Jepun yang terkenal dengan kemahiran permainan video kini diakui sebagai YouTuber permainan video yang tertua di dunia oleh Guinness World Records. Dikenali sebagai ‘Gamer Grandma’, Hamako Mori mempunyai 250,000 pengikut di YouTube sejak mula bermain permainan video 39 tahun lalu. Saluran YouTube Hamako Mori dicipta pada 2015 dan dia […]
Luar Negara
(Video) Diculik Ketika Umur 2 Tahun, Lelaki Sebak Bertemu Semula Ibu Bapa Setelah Terpisah Lebih 3 Dekad
Diculik semasa kecil, seorang lelaki di China kembali bersatu bersama ibu bapanya setelah 32 tahun terpisah, lapor The Guardian. Ketika usianya baru berusia dua tahun setengah, Mao Yin diculik pada tahun 1988 ketika dia berjalan pulang dari taska bersama bapanya. Dia kembali bertemu ibu bapanya pada Isnin lalu di bandar Xi’an barat iaitu tempat di […]
Gaya hidup
Ini Senarai Pusat Zakat Setiap Negeri Untuk Anda Bayar Zakat Fitrah Online Dan Cara-Cara Pembayaran
Ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19, bayaran zakat fitrah juga mengalami perubahan apabila tiada lagi amil yang ditugaskan seperti tahun-tahun sebelum ini untuk mengutip zakat fitrah ketika bulan Ramadan bagi mengelakkan kontak rapat. Semua pusat zakat seluruh negara sudah menyediakan platform bayaran zakat secara dalam talian (Online). Ini bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah […]
Gaya hidup
(Video) Hanya Guna 3 Bahan, Ini Langkah Mudah Sental Kotoran Degil Pada Papan Pemotong Sampai Bersih
Setiap kali memasak, penggunaan papan pemotong sememangnya sentiasa menjadi peralatan penting bagi menyediakan bahan-bahan, memotong daging atau ikan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa terkadang hanya satu sahaja papan pemotong plastik yang digunakan oleh ibu-ibu atau suri rumah. Keadaan ini menyebabkan papan pemotong tersebut mudah kotor dan susah untuk dibersihkan. Ada sesetengah yang terus membuang […]
Gaya hidup
Cikgu Ini Ajak Korang Hulur Sekurangnya RM2 Untuk Abang Posmen Ketika Hantar Barang Di Rumah
Kita semua sedar bahawa lambakan barangan daripada pembelian atas talian menjadi isu sekarang ini. Namun, kita patut tahu bahawa bukan kita sahaja yang membelinya malah ramai lagi. Terbaru tular satu dakwaan di mana pekerja-pekerja yang menghantar barang ini tidak mendapat bayaran bonus. Dari situlah wujudnya insan yang berhati mulia untuk menolong golongan ini tambah-tambah pada […]
Berita
Awas, Polis Jengah Kediaman Yang ‘Meriah’ Waktu Raya
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Jangan terkejut apabila ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) datang memeriksa rumah anda sewaktu sambutan perayaan nanti. Ini kerana Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan perayaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ziarah dipatuhi. Hal ini diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk […]
Gaya hidup
Ramai Yang Takut Nak Guna, Wanita Kongsi Tips Jika Anda Ingin Memiliki Kad Kredit
Seringkali kita mendengar tentang keburukan memiliki kad kredit. Ramai yang terjebak dengan hutang yang banyak apabila berbelanja menggunakan kad kredit melebihi limit dan kemampuan masing-masing. Namun sebenarnya kebaikan dan keburukan memiliki kad kredit ini bergantung kepada diri pemilik tersebut. Jika cara penggunaan dan pengurusan kad kredit baik maka banyak kebaikan yang dapat seseorang itu peroleh. […]
Gaya hidup
Positif COVID-19 Dipercayai Selepas Sentuh Baju Tercemar, Pekerja Dobi Dilapor Jangkiti 13 Yang Lain
Seorang petugas kedai dobi di China dipercayai dijangkiti COVID-19 melalui pakaian yang tercemar dengan virus itu. Menurut Mirror UK, seorang ahli epidemiologi dari China, Wu Zunyou berkata, Badan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit negara itu sedang meneliti kes pekerja tersebut yang berlaku di bandar Shulan di Timur Laut China. Wanita berusia 45 tahun itu dilaporkan mempunyai […]
Kesihatan
Elak Karies Gigi, Jangan Biarkan Anak Tidur Sambil Minum Susu
Ibu bapa cenderung mengabaikan kebersihan gigi anak-anak terutama sekali bayi yang baru mula tumbuh gigi susu. Hal ini kerana, anggapan gigi susu yang tidak kekal menjadi pegangan mereka. Namun sebenarnya penjagaan gigi untuk bayi dan kanak-kanak harus bermula sejak tumbuh gigi susu yang pertama lagi. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran mulut disamping […]
Gaya hidup
Mempunyai Fungsi Kamera Yang ‘Gempak’, Ini Rahsia Kenapa Gambar Neelofa Selalu Nampak Cantik
OPPO secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri model terbarunya iaitu OPPO Reno3 bakal menembusi dan dijual dalam pasaran Malaysia. Siri OPPO Reno3 ini merupakan edisi terbaru daripada siri Reno yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Dilengkapi dengan sistem kamera kuad 64MP sebagai kamera utama, 108MP Ultra Clear Image serta 44MP dwi kamera hadapan dengan mode Ultra […]
Gaya hidup
Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia
Perkara yang perlu dititikberatkan untuk ibu yang hamil adalah penjagaan diri yang sangat teliti. Kesihatan ibu dan anak dalam kandungan merupakan keutamaan sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan. Oleh itu, setiap ibu yang bakal melahirkan bayi perlu sentiasa peka dengan keadaan kesihatan diri mereka dan menambah sedikit pengetahuan tentang komplikasi-komplikasi yang mungkin akan berlaku pada ibu […]
Gaya hidup
Kerajaan Sedang Teliti SOP Sebelum Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka- KKM
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) sebelum membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula. “Kerajaan telah terima surat dari persatuan tersebut (persatuan kedai gunting rambut) dan telah lihat SOP sedia ada dan sedang memperhalusi SOP tersebut. “Ini industri yang ada sentuhan dengan pelanggan. Jadi […]
Gaya hidup
(Video) Mat Saleh Ini Kagum 15 Langkah Malaysia Lawan Covid-19, Siap Puji Jemaah Tabligh
Tular satu video daripada sebuah laman Facebook Other Side of the Truth mengenai keterujaan rakyat dari negara luar tentang cara Malaysia menangani wabak pendemik Covid-19 yang melanda di negara ini sejak awal tahun lalu. Berdasarkan video ini, seorang lelaki telah menerangkan 15 perkara yang mustahil untuk negara lain lakukan tetapi Malaysia berjaya dengan sokongan rakyat […]
Gaya hidup
Elakkan Ambil Makanan Bergaram Ketika Sahur, Ini Sebabnya
Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam di Malaysia mempunyai waktu yang singkat untuk mendapatkan tenaga dan khasiat yang cukup kerana mereka tidak boleh makan dan minum lebih daripada 12 jam sehari, iaitu dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Oleh itu, mereka yang berpuasa perlu menggunakan dua waktu makan yang dibenarkan sehari iaitu sahur dan iftar (berbuka […]
Berita
(Video) “Jangan Seronok Sangat Sebab Kita Tak Nampak Virus, Kalau Nampak Tuan Puan Tak Beli Kuih” – Polis
Walaupun kita sudah berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penjarakan sosial serta tidak berada di kawasan orang ramai antara langkah yang masih lagi harus kita patuhi untuk mencegah sebaran wabak COVID-19 ini di Malaysia. Namun, tidak dinafikan ada segelintir masyarakat yang masih berdegil dengan tidak mematuhi arahan tersebut. Berdasarkan perkongsian video oleh Info […]
Berita
Dapat Beli Rumah Di Usia Muda, Lelaki Titip Pesan Jangan Bandingkan Rezeki
Apabila kita bercakap tentang rezeki, pelbagai jenis rezeki dapat dikategorikan termasuk rezeki dapat membeli kereta, rezeki mampu beli rumah ataupun rezeki memiliki keluarga yang bahagia. Dalam konteks ini, apa yang penting adalah usaha dan percaya bahawa rezeki itu pasti ada namun cara diberikan berbeza. Berdasarkan perkongsian oleh @kroolnizam di Twitter, dia berkongsi kegembiraan dapat memiliki […]
Berita
Satu Keluarga Di Singapura Salah ‘Order’, Terbeli Sampai 70 Kotak Keropok Untuk Hari Raya
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap tanpa aktiviti membeli kelengkapan raya seperti baju, perabot mahupun makanan. Namun, situasi agak berbeza terjadi kepada sebuah keluarga di Singapura apabila mereka terlebih belanja sempena sambutan Hari Raya. Melalui perkongsian oleh seorang pengguna Twitter warga Singapura yang digelar Shan, keluarganya dikatakan tidak sengaja terbeli sehingga 70 kotak keropok. Menurut […]
Gaya hidup
50% Diskaun Bayar Saman Polis Secara Online, Ini Cara-Cara Pembayaran Untuk Anda Yang Tak Tahu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah mengumumkan diskaun 50 peratus kepada pengguna jalan raya yang mahu menjelaskan bayaran saman polis melalui atas talian (Online) bermula 18 Mei hingga 21 Mei 2020. Polis Beri Diskaun 50% Bayar Saman Secara Online Mulai 18 Hingga 21 Mei 2020 Posted by Siakap Keli on Friday, 15 May 2020 Diskaun […]
Berita
Ekspres Sarawak, Bas Antara Kawasan Boleh Mula Operasi 2 Jun
KUCHING, 19 Mei — Perkhidmatan bas Ekspres dan bas antara kawasan di Sarawak hanya akan dibenarkan beroperasi bermula 2 Jun, dengan operatornya perlu membuat persediaan bermula dari sekarang bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin hari ini berkata, SOP tersebut […]
Gaya hidup
5 Tanda Dan ‘Kehebatan’ Malam Lailatulqadar Yang Perlu Anda Tahu
Hari ini, 19 Mei 2020 bersamaan 26 Ramadhan. Berbaki 4 hari lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa sebelum menjelang Aidilfitri. Sedar tak sedar bulan Ramadhan bulan penuh dengan kemuliaan ini akan meninggalkan kita. Sepuluh malam terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu. Terdapat satu malam, dalam 10 malam terakhir […]