Gaya hidup
Perintah Berkurung Di Wuhan Tamat, Penduduk ‘Bergegas’ Rancang Perkahwinan
Apabila bandar Wuhan bebas daripada perintah berkurung selama 76 hari yang dikenakan oleh kerajaan China yang akhirnya ditamatkan pada Rabu, ramai warga Wuhan mengambil keputusan untuk memperingati hari tersebut dengan sesuatu yang istimewa. Hasilnya, sejumlah angka pengguna yang ramai telah membanjiri aplikasi sistem perkahwinan atas talian tempatan, yang mana hanya boleh didapati khas untuk penduduk […]
Tak Mahu Ambil Hak Orang, Lelaki Terima Bantuan Kerana ‘Kesilapan’ Teknikal Pulangkan Semula Bantuan Prihatin Nasional
Kerajaan telah memberi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada rakyat yang layak bagi meringankan beban ketika krisis COVID-19 ini. Fasa pertama pembayaran BPN telah dikreditkan bermula 6 April lalu dan bakal diteruskan hingga 15 April ini bagi golongan yang memenuhi kriteria kelayakan. Namun, kadangkala kesilapan teknikal berlaku juga. Seorang pengguna Facebook, Rinizan Razali berkongsi menerima bantuan […]

“Awak ‘Keluarga’ Saya Juga”, Warga UK Kena Kuarantin Terharu, Jiran Muslim Ambil Berat & Hantar Makanan
Kesusahan kadangkala membantu kita bersatu untuk sama-sama bangkit dan meneruskan hidup. Ketika seluruh dunia mengalami detik sukar akibat COVID-19, keprihatinan ditunjukkan oleh seseorang pasti menyuburkan kembali semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat. Terbaru, seorang penerbit filem, Pauline Loven berkongsi kisahnya menerima buah tangan dari seorang jiran beragama Islam. “Jiran Muslim saya berikan sebungkus buah-buahan segar, salad […]
“Kita Harus Sama-Sama Kuat Pak, Doa Dan Solat Harus Diteruskan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli
Perintah kawalan pergerakan (PKP) memberi impak yang besar terhadap kehidupan seharian bagi penduduk negara ini. Ia bagaikan berubah 360 darjah dan turut menjejaskan buruh kasar serta warga asing. Rutin setiap pagi keluar mencari rezeki, kini telah bertukar kepada bekerja dari rumah akibat penularan wabak ini dan juga sejak pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan dibuat. Terbaru, Datuk […]
Beruniform Di Rumah, Ubat Rindu Ke Sekolah
Setelah tiga minggu tidak merasai suasana sesi persekolahan di sekolah disebakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang guru dan tiga anaknya mewujudkan suasana pembelajaran sekolah itu di rumah. Selain mengenakan pakaian lengkap seragam sekolah, tiga anak Raja Haslina Raja Semail, 41, seorang guru di Sekolah Kebangsaan St Mark di Butterworth, turut mengikut jadual waktu belajar […]
TERKINI: 166 Kes Pulih COVID-19 Hari Ini, Lebih Tinggi Dari Jumlah Kes Baru
SERAMAI 166 kes pulih terbaharu dicatatkan setakat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dan dibenarkan discaj sebanyak 1,487 kes, bersamaan 36.1 peratus daripada jumlah kes keseluruhan. #COVID19Malaysia Perkembangan terkini 8 April 2020. Kes sembuh dan discaj 166 Keseluruhan 1,487 atau 36.1% daripada jumlah […]
Kerajaan Negeri Wujudkan ‘E-Bazar Ramadan Selangor Grab’, Bantu Peniaga Jana Pendapatan
SHAH ALAM, 8 April – Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan platform dalam talian, ‘E-Bazar Ramadan Selangor Grab’, bagi membolehkan peniaga menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan ini. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif itu diwujudkan susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di negeri ini yang diumumkan pada 1 April lepas. Beliau berkata usaha itu juga dilihat […]

Anak Baru Lahir Diberi Nama ‘Lockdown’ Sempena Meraikan ‘Frontliners’ Lawan Covid-19 Di India
Sepasangan suami isteri dari daerah Sheopur, Madhya Pradesh telah menamakan anak mereka yang baru lahir ‘Lockdown’ untuk meraikan jasa semua pihak yang bertungkus lumus untuk memerangi wabak Covid-19 seperti yang di sarankan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi. Bayi lelaki tersebut dilahirkan di sebuah hospital di daerah tersebut pada 6 April lalu. Pasangan ini berusia […]
Pulau Perhentian, Pulau Redang Lebih Sepi Berbanding Musim Tengkujuh
KUALA TERENGGANU, 8 April – Suasana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Redang dan Pulau Perhentian diibaratkan lebih sunyi dan sepi berbanding musim tengkujuh. Ia berikutan keadaan di sekitar yang bukan sahaja tidak menampakkan aktiviti pelancongan malah aktiviti harian penduduk juga tidak banyak dilakukan berikutan pematuhan dan disiplin tinggi penduduk untuk terus kekal di rumah sepanjang PKP. Pengerusi […]
Seni Silat Kini Dipersada Dunia Dengan Pengiktirafan UNESCO
Pengiktirafan silat sebagai warisan tidak ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengangkat martabat seni mempertahankan diri negara di persada antarabangsa. Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mesran Mohd Yusop, ketika ditemui Bernama, menyifatkan pengiktirafan yang diperoleh tahun lalu itu membantu mempromosikan kehalusan seni persilatan Melayu kepada dunia. “Hasilnya, silat yang juga merupakan […]
Demi Negara, PM Ireland Kembali Ke Bidang Perubatan Bantu Lawan Pandemik COVID-19
Bagaikan sirih pulang ke gagang. Apabila Ireland menyaksikan pemimpinnya terjun ke bidang politik, figura itu turut membawa sekali kariernya dalam bidang perubatan bersama. Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar dilaporkan bakal berkhidmat semula sebagai doktor sekali lagi sebagai usaha membantu negaranya melawan pandemik COVID-19. Beliau mendaftarkan diri sebagai pengamal perubatan di Eksekutif Perkhidmatan Kesihatan Ireland pada […]
Apakah Makanan Pertama Bagi Bayi Berumur Enam Bulan? Mari Baca Penjelasan Ini
Jika anda mempunyai anak kecil berumur enam bulan, apakah makanan yang anda berikan untuk si comel tersebut? Adakah seawal usia itu sudah diberi makan bijirin Nestum? atau air kosong? atau bubur? Tidak dinafikan ramai antara kita yang masih terkeliru dengan pemakanan anak di awal usia ini. Ilmu pemakanan bayi adalah salah satu kluster dalam parenting […]
(Video) “Apa Ustaz Akan Buat Kalau Jadi Menteri Agama”, Ini Jawapan Penuh Nasihat Ustaz Azhar Idrus
Teruja apabila melihat dua pendakwah terkenal ini menjalankan sesi munaqashah (perbincangan) secara langsung di media sosial malam tadi. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Al-Bakri berdiskusi bersama pendakwah terkenal dari Pantai Timur, iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi Facebook, Instagram dan Youtube dengan membawa tajuk ‘Deme wak mende PKP ning?’. Menariknya […]
Haiwan Kesayangan Seperti Kucing, Anjing Bukan Penyebar COVID-19 Kepada Manusia- Jab. Veterinar
HAIWAN kesayangan yang dibela seperti anjing dan kucing tidak boleh menjadi agen penyebar virus Corona kepada manusia. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan COVID-19 kepada haiwan kesayangan mereka. “Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti virus COVID-19, namun ia tidak […]
Penat Dan Bermandi Peluh, Foto “Frontliner” Ketika Lakukan Saringan COVID-19
SEORANG anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelihatan penat dan bermandi peluh ketika melakukan saringan COVID-19 kepada penduduk di Kampong Bharu, Kuala Lumpur hari ini. Foto menghibakan itu dirakam oleh jurufoto BERNAMA dan dimuat naik ke Twitter. Sementara itu, BERNAMA turut merakam usaha pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Selangor Mansion dan Malayan Mansion […]
Warga Malaysia Di Singapura Dinasihatkan Kekal Di Sana- KP Kesihatan
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, warga Malaysia yang bekerja di Singapura dinasihatkan untuk terus kekal berada di sana. “Kita telah jalankan perbincangan bersama. “Warga Malaysia yang bekerja di Singapura, kalau boleh kekal duduk di sana untuk tempoh dua minggu lagi. “Jadi kita telah berbincang dengan pihak di sana, sama ada majikan […]

Lelaki Terharu Niat Nak Tolong Penjual Donat Dibalas Dengan Pemberian Percuma
Apabila negara kita menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, ramai diantara kita yang terpaksa akur dengan kesan daripada perintah tersebut. Hampir majoriti penduduk Malaysia berhadapan dengan isu terjejasnya pendapatan harian atau bulanan mereka disebabkan tidak boleh bekerja. Paling sayu ada yang kehilangan punca pendapatan sehingga terpaksa memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk meneruskan […]

Robot Ganti Pelajar Universiti Di Tokyo Hadir Majlis Konvokesyen
Ekoran wabak coronavirus yang semakin menular di seluruh dunia, banyak majlis yang diadakan secara terbuka terpaksa ditangguhkan. Ini termasuklah satu majlis konvokesyen di Jepun. Menyedari masalah ini, pihak universiti di Tokyo menggunakan robot telepresence Newme (juga dirujuk sebagai robot avatar ) untuk menggantikan tempat para graduan. Tablet digital dipasang pada kepala robot, menunjukkan wajah pelajar […]
“Terima Kasih ‘Frontliner’,” Petugas Kesihatan Sambut Hari Kesihatan Sedunia Ketika Negara Dilanda Pandemik
Sedar tak sedar, hari ini 7 April 2020 merupakan Hari Kesihatan Sedunia yang disambut oleh semua pekerja barisan hadapan di hospital dan pusat-pusat kesihatan seluruh Malaysia. Jasa mereka tidak terbalas, apatah lagi sekarang negara ktia berdepan dengan gejala wabak pandemik Covid-19 yang menyebabkan ribuan orang dijangkiti dan puluhan nyawa sudah melayang. Kita semua tahu, petugas […]
COVID-19: Satu Lagi Asrama Pekerja Asing Disahkan Kluster Baharu di Singapura
SINGAPURA, 7 April — Singapura mengenalpasti satu lagi kluster baharu COVID-19 melibatkan sebuah asrama pekerja asing yang terletak di Kranji Road, pada lewat Isnin. Tiga kes yang disahkan COCID-19 itu kini melibatkan Kranji Lodge, kata Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan semalam. Selain Kranji Lodge, terdapat enam lagi asrama yang dikenalpasti sebagai kluster dengan dua telah […]