Berita›Luar Negara

Rasmi, Squid Game Disahkan Akan Kembali Untuk Musim Kedua
Squid Game musim kedua akan kembali, paparkan pusingan permainan yang baharu dengan watak utama masih dikekalkan. Mendapat lebih 16 bilion tontonan di seluruh dunia, drama bersiri popular Korea Selatan, Squid Game disahkan akan kembali untuk musim kedua. Perkara itu dimaklumkan oleh Netflix semalam menerusi ciapan di Twittter. “Lampu merah.. lampu hijau! Squid Game secara rasminya […]

Kes Covid-19 Di Indonesia Meningkat Secara Mendadak
JAKARTA – Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kes positif Covid-19 di Indonesia telah kembali meningkat semula, dengan purata 500 kes sehari. Bukan sahaja di Jakarta, peningkatan kes positif Covid-19 turut berlaku di daerah khusus ibukota (DKI) sekitar Jakarta sejak beberapa hari yang lalu. Sejak Selasa minggu lalu, kes jangkitan harian di Jakarta menunjukkan peningkatan dan […]

Wanita Maut Dipijak Gajah, Mayat Dihempap Oleh Gajah Sama Ketika Di Majlis Pengebumian
Tular di India, wanita maut dipijak gajah, mayatnya diserang sekali lagi oleh haiwan yang sama ketika pengebumian. Seorang wanita berusia 70 tahun dilaporkan maut selepas dipijak oleh seekor gajah dan kemudian mayatnya dihempap oleh haiwan yang sama ketika di majlis pengebumiannya. Memetik laporan Daily Mail, wanita tersebut diserang oleh gajah itu ketika sedang mengambil air […]

Kenali Keluarga Fugate, Lahir Berkulit Biru Kerana Faktor Kacukan Generasi Demi Generasi
Seorang lelaki dilaporkan pernah mengejutkan doktor pada tahun 1975, ketika dia dilahirkan dengan kulit berwarna biru dipercayai lahir dari keluarga baka luar biasa yang mempunyai perubahan warna. Ben Stacy telah berjaya menjejaki semula keluarganya yang berada di Troublesome Creek, Kentucky, Amerika Syarikat yang juga memilik tona warna kulit yang sama dengannya (gen resesif). Memetik Daily […]

Bekas Bintang Pop Thailand Buka Bisnes Kumpul Kulit Muka Orang Mati
Meskipun era terkenal mereka dalam dunia hiburan telah tamat, kini pasangan kembar dari negara Thailand itu menjadi bualan penduduk di sana kerana memulakan bisnes kumpul kulit orang mati yang lain daripada yang lain. Menurut akhbar Thaiger, Jakkapong “Jill” Karnsomphot bersama kembarnya, Jakkaphan “Jack” Karnsomphot telah mengumpul kulit muka kering orang mati yang dahulunya pernah menjadi […]

Bomoh Peru ‘Bersatu’, Adakan Ritual Pastikan Pasukan Bola Sepak Layak ‘World Cup’
Bomoh di Peru dilaporkan berkumpul bagi melakukan ritual sebelum perlawanan playoff Piala Dunia untuk pasukan bola sepak kebangsaan mereka baru-baru ini, lapor the Guardian. Difahamkan pelbagai dukun yang berasal dari pelbagai kawasan seperti pergunungan, hutan dan pantai berkumpul bagi menjalankan upacara itu. Mereka percaya bahawa ritual itu akan membantu pasukan bola sepak Peru mengalahkan pasukan […]

Mujur Tak Kena ‘Kokak’, Detik Cemas Oyen ‘Fight’ Dengan Koyote Tular
Raih 36 juta tontonan di Facebook, tular rakaman oyen diserang koyote, bergelut untuk cuba selamatkan diri. Seperti yang diketahui, kucing berwarna oren atau sering digelar sebagai ‘Oyen’ dianggap sebagai kucing yang paling ‘ganas’ dan nakal. Di mana-mana saja ia berada, haiwan comel itu pasti akan menimbulkan pelbagai masalah. Tidak cuma itu, oyen juga jarang sekali […]

Dior Siar Semula Iklan Dior Sauvage Lepas Johnny Depp Menang Perbicaraan
Perbicaraan kes yang panjang antara Johnny Depp dan Amber Heard mungkin akhirnya akan menjadi perlahan, kerana keputusan untuk kes fitnah mereka di Virginia telah didedahkan seminggu yang lalu. Walaupun pelakon Aquaman itu akan memilih untuk merayu dengan keputusan ini, ia bakal menjadi menarik untuk masyarakat melihat bagaimana kerjaya Depp yang akhirnya disokong oleh kemenangannya di […]

Hanya 1 Meter Dari Rumah, Video Kereta Api Jalan Depan Rumah Tular
Tular berkenaan sebuah kereta api yang melalui perkampungan di Indonesia dengan jarak hanya beberapa meter sahaja dari kediaman baru-baru ini, lapor Indozone. Difahamkan, landasan kereta api itu terletak di tengah-tengah kampung iaitu Desa Pengok dan Desa Demangan di Kecamatan Gondokusuman, Daerah Istimewa Yogyakarta. Dalam kesibukan penduduk kampung yang berulang alik melalui jalan kampung tersebut. Terdapat […]

Bunuh & Makan Otak Bekas Kekasih, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup
Seorang lelaki yang didakwa mengalami gangguan mental telah bertindak bunuh dan makan otak bekas teman wanitanya, lapor Daily Star. Difahamkan, pada September 2020, lelaki berusia 41 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa penjamin selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya pada 2014. Bagaimanapun, penguam yang membela lelaki tersebut telah mengemukakan permohonan rayuan terhadap […]

Nahas Helikopter, Tujuh Maut Di Itali
ROM, 12 Jun (Bernama) — Sebuah helikopter yang hilang daripada radar trafik udara pada Khamis telah ditemukan dan kesemua tujuh penumpang disahkan terkorban, menurut pihak berkuasa Itali pada Sabtu. Seorang pengembara yang melalui kawasan berhampiran Monte Cusna — sebuah gunung di wilayah tengah Itali Emilia Romagna berhampiran sempadan dengan Tuscany — menghubungi pihak berkuasa selepas menemui […]

Tak Senonoh, Aksi Dua Budak Lelaki Raba Dan Cium Penumpang Motosikal Wanita Tular
Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan nekad raba dan cium seorang penumpang motosikal wanita dalam kejadian di sebuah jalan raya di Bandung, Indonesia. Memetik laporan Detik.com, aksi raba dan cium penumpang motosikal itu dipercayai telah dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain sehingga ia menjadi tular di media sosial. Menerusi video itu, penunggang motosikal dilihat sedang berhenti di […]

Doktor Temui Wayar 18cm Dalam Zakar Pesakit, Lelaki Dakwa Masukkan Sebab Susah Kencing
PAKISTAN – Gara-gara susah nak kencing, seorang lelaki nekad memasukkan wayar 18 cm ke dalam zakar sendiri. Tindakan lelaki berusia 64 tahun dari Pakistan itu membawa padah kepada dirinya selepas wayar sepanjang 18cm yang dimasukkan ke dalam alat sulitnya itu tersekat. Dia memberitahu pakar bedah di Hospital Abbasi Shaheed Karachi yang merawatnya bahawa dia telah […]

Singapura Bakal Buka Pusat Daging Ayam ‘Dibiak’ Dari Sel Terbesar Asia
Singapura dilapor bakal membuka pusat ternakan daging ayam dibiak daripada sel terbesar Asia hasil kerjasama dengan firma teknologi makanan dari Amerika Syarikat, Eat Just’s Good Meat, seluas 30,000 kaki persegi di Bedok. Sebelum ini, negara berkenaan juga menjadi negara pertama yang meluluskan penjual daging berasaskan sel, yang juga merupakan produk keluaran firma daripada negara Uncle […]

Mata Sebelah Tak Berkelip, Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Lumpuh Sebelah Muka
Pada Jumaat yang lalu, seorang penyanyi dan penulis lagu terkenal, Justin Bieber memaklumkan kepada peminat bahawa beliau akan berehat daripada membuat persembahan kerana mengalami lumpuh pada sebelah muka. Menerusi satu video di akaun Instagram miliknya, penyanyi tersebut menjelaskan bahawa beliau disahkan menghidap Sindrom Ramsay Hunt. Sindrom tersebut menyebabkabnya tidak dapat menggerakkan hampir separuh mukanya. “Semuanya […]

Kelibat Makhluk ‘Pelik’ Persis Manusia Dirakam CCTV, Pihak Berkuasa Mohon Penjelasan Orang Awam
Penduduk di bandar Amarillo, Texas, Amerika Syarikat dilaporkan gempar mengenai penampakan makhluk ‘pelik’ persis manusia yang dilihat di luar zoo tempatan baru-baru ini. Memetik laporan CBS News, pihak berkuasa di bandar itu telah memohon bantuan orang ramai untuk mengenalpasti ‘makhluk misteri’ tersebut. Menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter, gambar yang memaparkan makhluk tersebut dipercayai […]

Fenomena La Nina Diramal Akan Berlarutan Hingga 2023 – Pertubuhan Meteorologi Sedunia
Geneva – Fenomena La Nina diramal akan terus berlarutan sehingga bulan Ogos atau mungkin sehingga musim luruh dan permulaan musim sejuk. Ia dijangka akan memburukkan lagi musim kemarau dan bencana banjir di dunia. Ramalan telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dalam kenyataan akhbar hari ini. Menurut kenyataan itu, beberapa ramalan jangka panjang juga mendapati […]

‘Selfie’ Bertukar Tragedi, Wanita Cemas Rambut ‘Direntap’ Ungka Dalam Sangkar
Belum reda isu seorang lelaki ditarik oleh orang utan, kini negara jiran heboh dengan satu lagi video yang memaparkan rambut seorang wanita telah ditarik seekor ungka. Menurut Suara.com, video tersebut telah tular sejak beberapa hari lalu dan dikongsikan oleh akaun @fakta.indo di Instagram. Menerusi video itu, wanita terbabit dilihat sedang berjalan sendirian di sebuah zoo […]

Dua Pekerja Kilang Terjatuh Dalam Tangki Coklat Diselamatkan
Dua orang pekerja dilaporkan berjaya diselamatkan selepas terjatuh di dalam tangki dipenuhi coklat, dalam kejadian yang berlaku di kilang Mars M&M di Pennysylvania pada Khamis. Memetik laporan CNN, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. “Seorang mangsa dibawa menaiki ambulans dan seorang lagi diangkut dengan helikopter,” kata penolong penyelia Lancaster County 911 Dispatch, […]

Unik, Pengantin Ini Jadikan Udang Galah Goreng Sebagai Mas Kahwin
Majlis akad nikah enam pasangan pengantin di Jogjakarta tular selepas mereka menjadikan udang galah goreng sebagai mas kahwin, lapor Kompas.com. Menurut laporan, majlis pernikahan itu diadakan di kawasan Pantai Krakal, Kapanewon Tanjungsari, Gunungkidul pada Rabu lalu. Difahamkan, pernikahan unik itu juga turut dimulakan dengan tarian nirboyo dan gambyong. Malah, pasangan pengantin juga datang ke lokasi […]