Siakap Keli

Yaman Isytihar Kecemasan Selepas Dilanda Puting Beliung ‘Mekunu’ Dengan Kelajuan 175km Sejam Malam Tadi

Kepulauan Yaman mengisytiharkan ‘kecemasan’ pada hari Khamis selepas dibadai puting beliung dan mengakibatkan beberapa buah kampung musnah serta menenggelamkan dua buah kapal yang telah menyebabkan kira-kira 17 orang hilang.

Pulau itu “memerlukan bantuan segera untuk membantu mereka yang terperangkap di kampung atau mereka yang tinggal di pergunungan”, kata jurucakap kerajaan Rajeh Badi kepada agensi berita negeri SABA.

“Angin dan ribut yang digelar Mekunu itu mencapai 155km sehingga 175km sejam.”

Katanya, 17 orang hilang selepas dua bot terbalik dan tiga kereta terbabas. Pegawai lain berkata lebih daripada 200 keluarga telah dipindahkan dari kampung mereka.

Badi menggesa pakatan tentera yang diketuai oleh Saudi dan organisasi antarabangsa untuk memberi bantuan segera kepada kepulauan tersebut. Sebanyak tujuh orang hilang dan ratusan yang lain dipindahkan dari rumah mereka selepas Cyclone Mekunu melanda kepulauan Yaman di Socotra pada malam Rabu, menyebabkan banjir dan kerosakan teruk di rumah.

Ribut itu dijangka melanda selatan Yaman dan pantai Oman yang berdekatan dengan kelajuan serta kekuatan yang leibh besar.

Siakapkeli.my

Sumber: Khaleej Times

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di