Siakap Keli

Ribut Kuat, Bandar di China Dilanda Hujan ‘Seafood’

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi ini bukan kesnya di sebuah bandar di China  apabila ribut kuat melanda baru-baru ini.

Rabu lalu, kawasan pantai di Qingdao, wilayah Shandong mengalami hujan ‘seafood’ apabila ribut yang kuat menarik pelbagai haiwan ke langit sebelum terjatuh ke kawasan daratan.

Akibat dari kejadian, bukan sahaja pokok atau papan tanda sahaja yang tumbang, malah sotong kurita, udang, ikan turut jatuh dari langit.

Foto-foto pelik tapi menakjubkan yang dimuat naik ke laman sosial China, Weibo, menunjukkan sotong kurita terbang di udara manakala tapak sulaiman, udang  serta siput melekat di cermin kenderaan orang awam.

Menurut ahli meteorologi, haiwan-haiwan ini telah tersedut dari laut ketika berlakunya belalai air sebelum ditolak ke daratan oleh angin yang kuat.

Menurut Odditycentral, ini bukan pertama kali kejadian seumpama ini berlaku. Tahun lepas, ikan-ikan dapat dilihat jatuh dari langit di bandar Tampico, Mexico manakala kejadian yang sama turut dilaporkan berlaku di Kerala, India pada 2008.

Steamboat percuma?

salor30

Programmer. Musician. #YOLO