Siakap Keli

Anjing Malang, Dibiar Terikat Dan Tergantung Setiap Hari Bawah Mentari

Tular video baru-baru ini satu video dimana memperlihatkan seekor anjing dibiar tertambat dan tercekik pada satu ikatan rantai pendek di bawah terik mentari di Filipina.

Kejadian tersebut yang berlaku di Lucena, di bandar Calabarzon dirakam salah seorang jiran kepada pemilik anjing tersebut. Melalui rakaman tersebut, dapat dilihat anjing tersebut mengalami kesukaran sama ada untuk duduk ataupun berbaring di atas lantai.

Sebaliknya, anjing tersebut dibiarkan terkapai-kapai di luar rumah dalam tempoh yang lama, dipercayai sebagai anjing penjaga.

Melalui rakaman yang sama, kelihatan seorang wanita cuba mendapatkan perhatian pemilik anjing tersebut bagi mengingatkan keadaan yang dialami anjing belaannya itu. Bagaimanapun, tuan rumah tersebut tidak menendahkan peringatan yang diutarakan oleh wanita itu.

Nemie Zabalerro Caruruca yang bertanggungjawab merakam kejadian tersebut berkata, dia cuba melepaskan ikatan pada leher anjing tersebut. Bagaimanapun cubaannya gagal akibat tindakan pemilik anjing tersebut mengunci rantai tersebut dengan kunci gembok (padlock).

Apa yang mampu dilakukannya hanyalah meletakkan sekeping papan untuk melindungi anjing tersebut daripada panas. Nemie juga menempatkan sebuah baldi yang agak tinggi bagi memudahkan anjing tersenut berehat dan tidak tergantung sepanjang masa.

Lebih mengejutkan, dakwa Nemie, jirannya itu memperlakukan anjing belaannya sedemikian rupa setiap hari.

‘Ini adalah anjing di kejiranan kami. Saya tidak tahu bagaimana mereka dapat merantai dan membiarkan anjing ini ditengah panas setiap hari,” katanya dalam perkongsian yang dimuat naik bersama melalui video tersebut.

”Setahu saya, jika anda tidak mampu memelihara anjing tersebut, serahkan sahaja pada orang laian. Ataupun tukar tempat anda dengan anjing tersebut,” katanya lagi.

Sejak ia dimuat naik ke laman facebooknya, video tersebut sudah mendapat tontonan melebihi enam juta.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.