Siakap Keli

(Video) Ragut 176 Nyawa, Bencana Alam Banjir Dan Tanah Runtuh Jepun Masih Belum Pulih

Bencana tanah runtuh dan banjir yang melanda negeri matahari terbit, Jepun terus meragut korban baru apabila dilaporkan 21 orang lagi menjadi mangsa, yang mana menjadi salah satu bencana alam paling banyak meragut korban selepas tragedi gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 2011 di Fukushima.

Sehingga kini, bencana alam terbaru itu sudah pun meragut nyawa 176 orang semenjak bermulanya kejadian tanah runtuh penghujung minggu lepas, dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Setiusaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga pada Rabu. Manakala sembilan lagi mangsa masih belum ditemui.

Media melaporkan seramai 75 ribu petugas bencana telah pun dikerjakan ke kawasan bencana dan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Suga juga memberi amaran hujan dan ribut serta kemungkinan kejadian tanah runtuh berulang boleh meningkatkan risiko bahaya di lokasi bencana.

Hujan yang mula turun sejak Khamis dan berlarutan sehingga hari Jumaat dilaporkan telah menyebabkan beberapa bahagian di Jepun menerima diantara 300 hingga 500 milimiter hujan. Manakala beberapa bahagian seperti Hiroshima, Okayama dan Hyogo dilaporkan menerima hujan dengan jumlah yang lebih tinggi.

Kejadian banjir dan tanah runtuh berpunca apabila hujan turun lebih lebat di kawasan pergunungan dan air hujan tersebut kemudian mengalir turun, menyebabkan berlakunya kejadian banjir di kawasan lebih rendah.

Setakat ini, beratus-ratus ribu mangsa sudah pun dipindahkan daripda lokasi bencana dengan ada diantaranya yang tidak berupaya untuk bergerak menanti di atas bumbung untuk diselamatkan.

Jepun dengan bencana alam bukanlah perkara asing, terutamanya apabila ia melibatkan bencana gempa bumi. Beberapa siri gempa bumi di Kumamoto pada 2016 menyebabkan lebih daripada 200 orang terkorban.

Manakala lebih 200 ribu orang terkorban dan hilang ketika bencana Fukushima berlaku, apabila gempa bumi berkekuatan 9.o magnitud menggegarkan Jepun sekaligus mencetuskan kejadian tsunami dan reaktor nuklear pecah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=K3CGpIItd7I]

 

Sumber : CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.