Siakap Keli

(Video) Bongkah Ais Sebesar Bukit Hanyut Menghampiri Perkampungan Greeland, Mungkin Cetus Tsunami

Bongkah ais sebesar bukit ditengah-tengah pantai Greenland menghampiri kawasan perkampungan Innarsuit dan telah mencetuskan kebimbangan banjir besar serta tsunami jika ia pecah sepenuhnya.

Keadaan itu membuatkan pihak berkuasa berusaha memindahkan penduduk sekitar daripada zon berisiko tinggi.

“Kami khuatir bongkah ais itu menyebabkan banjir teruk sehingga merosakkan keseluruhan kampung,” kata ketua keselamatan, Lina Davidsen kepada agensi berita.

“Bongkah ais itu lebih tinggi daripada penempatan penduduk, ia tidak bergerak sejak malam Khamis lalu.”

Perkampungan itu menempatkan seramai 169 penduduk namun hanya penduduk yang paling dekat dengan bongkah itu dipindahkan terlebih dahulu.

“Ia adalah bongkah ais terbesar di Innaarsuit dan ia semakin memecah dan lubang yang terhasil membuatkan kami takut ia akan mencairkan kawasan ini pada bila-bila masa.”

Dua minggu lalu, seorang profesor bersama isterinya telah merakam pergerakan ais sepanjang 6km bergerak dengan cepat dibahagian timur Greenland.

“Ia merupakan kejadian paling mengujakan yang kami pernah lihat selama 10 tahun di Greenland” – Professor Holland

Holland turut memberitahu bahawa 3% kehilangan ais tahunan di Greenland berlaku dalam masa 30 minit.

“Ia berbunyi seperti roket yang meletus, sangat bising.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra