Siakap Keli

(Video) “Ada Orang Buang Roti Di sini”, Kisah Kanak-Kanak Syria Kutip Habuk Roti Untuk Hidup

Jika nak dibandingkan kesusahan yang dialami oleh anak-anak Syria ini jauh bezanya dengan kehidupan kita di sini walaupun mungkin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Konflik berdarah yang berlaku di Syria merupakan konflik terpanjang yang pernah berlaku sehingga mengorbankan beribu-ribu jiwa yang tidak berdosa.  Keadaan darurat yang dialami mendesak mereka hidup dalam keadaan yang sangat daif.

Rakaman video yang diambil daripada akaun Instagram milik malaysia4syria menyingkap kesukaran yang sedang dialami mereka termasuk kanak-kanak kecil ini sehingga terpaksa mengutip sisa makanan diatas jalan.

Apabila ditanya, apa yang yang mereka sedang buat, mereka menjawab, “ada orang buang habuk roti dekat sini, kami dah kutip banyak, ada banyak lagi di atas jalan.”

Sukar untuk membayangkan apa yang sudah mereka lalui selama konflik itu berlaku.  Walaupun bukan makanan jenis pejal, habuk sudah cukup untuk dijadikan santapan bagi meneruskan hidup sehari-hari.

Sumber: Instagram Malaysia4syria

Nur Farra