Siakap Keli

“Ayah Sudah Berjanji”, Setiap Hari Khamis Dhiya Akan Bertanya Dan Tunggu Kepulangan Arwah Ayahnya

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, cuma yang kita tidak tahu adalah saat dan ketika ajal datang menjemput. Entah hari ini atau sebentar lagi, mungkin juga esok atau 10 tahun akan datang. Tiada siapa yang tahu. Si anak meninggalkan ibu bapa, atau ank ditinggalkan orang tua. Suami pergi dulu, tinggalkan isteri dengan anak-anak masih kecil. Kematian memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita, Natipah Abu ini. Dia berkongsi kisah mengenai seorang lelaki yang mati secara mengejut di bulan Ramdhan serta kisah mengenai keluarga lelaki tersebut yang ditinggalkan.

Suatu hari menurut Natipah, lelaki itu perlu bertugas jauh daripada rumah kerana bekerja sebagai pemandu, lelaki tersebut perlu mengikut ke mana sahaja majikannya pergi. Biarpun lelaki itu keluar daripada rumahnya dalam keadaan sihat walafiat, namun dia pulang kembali ke pangkuan keluarganya dalam keadaan jasad kaku. Dalam bulan Ramdhan yang mulia, lelaki itu dijemput kembali ke alam sana.

Ujar Natipah, lelaki tersebut yang meninggalkan beberapa orang anak, merupakan seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan amat mengambil berat soal kebajikan keluarganya serta keluarga mertuanya. Nak tahu lebih lanjut kisah lelaki ini? Jom baca perkongsian tersebut di bawah. Semoga bermanfaat.

BILA IZRAIL DATANG MEMANGGIL

Hasrizal bin Hashim -37 tahun. Arwah keluar rumah atas urusan kerja, outstation ke Kelantan. Tugasnya sebagai pemandu memang memaksa arwah selalu begitu. Namun siapa sangka. 3 Jun lalu, (18 Ramadhan, arwah meninggalkan rumahnya dalam keadaan sihat walafiat tetapi akhirnya yang pulang hanyalah sekujur tubuhnya yang tidak lagi bernyawa pada 5 Jun ( 20 Ramadhan ).

Arwah mendirikan rumah tangga dengan Pn Rozita binti Awang yang dikenalinya sejak di zaman sekolah itu hampir 11 tahun lalu. Pasangan bahagia ini dikurniakan 3 orang anak Nur Damia Batrisyia- 9 tahun, Nur Dhiya Qaisara – 5 tahun dan Muhammad Dayyan Ariq – 5 bulan. Sejurus sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, arwah sempat menghubungi majikannya dan memaklumkan bahawa beliau tiba- tiba tidak sihat dan berasa hendak pitam.

Majikannya bergegas ke hotel penginapan arwah dan sungguh tidak menduga akan menemui jenazah arwah dalam keadaan separuh badannya tertiarap di atas katil. Kemungkinan besar arwah yang sedang berdiri itu, rebah di atas katil selepas menelefon majikannya. Jenazah dibawa ke hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan kadar kolestrol di dalam badan arwah naik mendadak tiba-tiba.

Jam 3 petang , jenazah bertolak pulang dari Kelantan dan sampai di Pokok Sena, Alor Setar sekitar jam 10 malam. Jam 11 malam, jenazah pun disemadikan. Ramadhan yang barakah itu menyambut kepulangan arwah ke alam abadi.

Sampai ke hari ini, Pn Rozita seakan tidak percaya tentang semua yang terjadi bahkan anak sulung mereka Damia, masih tidak dapat menerima hakikat tentang kematiaan ayahnya.

Lebih memilukan, anak ke dua mereka, Dhiya masih menunggu janji arwah ayah yang keluar rumah hari Ahad akan pulang pada hari Khamis. Setiap Khamis dia akan bertanya dan menanti dengan penuh pengharapan.

Dhiya yang mengidap paru-paru kronik ini memerlukan susu khas dan juga masih menjalani rawatan susulan di Hospital Alor Setar dan Pulau Pinang.

Pemergian arwah memang sangat dirasai kerana selama ini, arwah juga yang menggalas tugas menjaga dan menyara ibu mertuanya yang merupakan seorang ibu tunggal.

Pn Rozita tidak bekerja. Mujurlah ada sikit pencen yang ditinggalkan. Dapatlah mereka anak beranak meneruskan hidup walaupun terpaksa berjimat kerana kos sara hidup Dhiya yang sakit itu agak tinggi.

Kepada yang ingin berkongsi rezeki dengan kelurga ini bolehlah menyumbang ke acc Pn Rozita seperti di bawah :

B . ISLAM : ROZITA BINTI AWANG

0207 5020 3078 29

Buat yang mengenali Allahyarham Hasrizal Bin Hashim dan juga yang membaca artikel ini, sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah .

AL FATIHAH

Sumber : Natipah Abu

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.