Siakap Keli

(Video)Dengan Bajet Bawah Seribu, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 5 Hari 4 Malam Bercuti Di Pulau Bali

Korang mesti ada impian untuk keluar bercuti dengan pasangan atau pun rakan baik korang kan. Menjelajah negara orang dan merasai pengalaman hidup orang tempatan serta merehatkan minda dengan melihat permandangan indah-indah yang mungkin tidak ditemui di tempat sendiri, adalah tujuang setiap orang keluar bercuti, tambah-tambah korang memang kaki travel.

Tapi buat yang kali pertama mahu ke luar negara atas tujuan percutian, mungkin korang menghadapi sedikit masalah untuk membuat perancangan percutian dan bajet yang perlu korang belanjakan sepanjang anda berada di negara orang itu. Apa kata ada ikut sahaja Intinerary yang dibuat oleh Hilmiimlih97 ini. Percaya atu tidak, di bawah RM 1000, anda dapat menghabiskan masa selama 5 hari 4 malam di sebuah pulau yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, Pulau Bali.

Jom baca perkongsian tersebut dan korang boleh lihat sendiri tempat-tempat yang dia lawati di Pulau Bali. Memang cantik.

Since aku tengah bosan ni, aku nak share la sikit itinerary dan tips for backpakers ke BALI dengan bajet RM 900 (5 hari 4 malam).

First of all, trip ni aku pergi berdua je dengan @fariishakiim 25/3 -29/3 2018. Bali ni banyak sangat tempat yang cantik dan menarik yang kena pergi tapi aku akan share tempat yang kitorang dapat cover je dalam masa 5 hari tu.

Kitorang tak pergi tempat yang crowded and ramai sangat orang contoh macam kita, Seminyak and Tanah Lot tapi kami pergi tempat yang ramai lagi tak tau orang local kata macam hidden gems la di Bali tu.

Trip ni agak adventure sebenarnya sesuai untuk budak budak muda sebabnya kitorang sewa motor dan naik Grab sebab kitorang nak jalan sendiri. Kalau nak naik Grab, kena hati hati sebab driver taxi kat sana agak anti dengan driver Grab so make sure nak order Grab tu kat tempat yang selamat

Expenses:

Ticket flight return KUL-DPS = RM 285.00

Pocket Money = RM 600 ( RRP 2 juta), 2 juta tu tak sampai pun RM 600 kalau nak murah boleh tukar duit kat Midvalley kat bawah tu sebelah KFC.

Day 1 ahad( 25/3)

Sampai je terus order Grab ke Sanur Beach. Naik bot terus ke Nusa Penida Island. Dah sampai boleh sewa moto and terus check in hotel. Hotel kat situ agak mahal sikit sebab tak banyak and better book awal awal kat http://booking.com .

1. Boat : 300 ribu return

2. Hotel : 200 ribu (2 malam)

3. Motor : 75 ribu (3hari)

4. Makan : 50 ribu , makan kat sana agak mahal sikit and susah nak cari yang halal so pandai-pandai lah.

Day 2 isnin (26/3)

3.00 a.m kitorang dah start moto sebab nak cari sunrise kat Atuh Beach. Jalan nak ke Atuh tu sangat la mencabar dan bahaya sebab berbatu batu and sangat gelap. Kitorang sampai awal and time tu langit cantik sangat sebab banyak sangat star.

Lepas dah puas, pergi ke rumah Pohon Molenteng. Dekat je dengan Atuh Beach. 

Then, pergi ke Angel Billabong dengan Broken Beach. Broken Beach tu dekat je dengan Billabong jalan kaki je.

Next, Kelingking Beach. Fuhh ni sumpah lawa and boleh turun kalau nk mandi pantai tu pon kalau kaki tu kuat lah sebab nak turun tu memang challenging weh sebab steep gila but ombak kat bawah tu memang puas hati.

Last sekali for day 2, we went for sunset at crystal bay. The view was superb orang kata kalau nak sunset kat Kelingking Beach pon nice jugak.

1. Makan : 120 ribu

2. Minyak moto : 50 ribu

Day 3 selasa (27/3)

Naik bot pergi balik ke Sanur Beach, then naik Grab terus ke Ubud untuk check in kat Gekko Hotel. Gekko Hotel only have 5 rooms but the hotel is so beautiful and siap ada pool sekali.

Lepas tu terus ke Ubud Market kat situ boleh la cari souvenir and kalau nak murah kena pandai la berlakon cakap Indonesia.

Next, Tibumana Waterfall and end of day 3.

1. Moto 50 ribu

2. Uber 40 ribu

3. Makan 90 ribu

4. Souvenir 300 ribu

5. Hotel 100 ribu

Day 4 rabu (28/3)

First, catch the sunrise at Pura Ulun Danu. Pura ni temple. Pura ni sangat terkenal sampai dalam duit Indonesia pon ada.

Next, Bali iconic gate (Handara Golf Resort),  yang ni sebenarnya private property boleh kalau nak ambik gambar tapi kena bayar dalam 10 ribu kot.

This is Sekumpun Waterfall , try cari mana kitorang?

Lepas dah mandi terus pergi Bali Swing. Bali Swing ni boleh dikira macam tourist attraction la tapi bagi aku macam tak berbaloi sangat pon pergi main macam buaian je and kena bayar mahal gak.

Tegallalang Rice Terrace , this place sangat popular lah kalau di Bali. Tak sah kalau ke Bali tak pergi tempat ni. Tempat ni la yang ada dalam buku Geografi Tingkatan 2 kalau tak silap. Okay tu je untuk day 4

1. Makan: 60 ribu

2. Minyak : 30 ribu

3. Bali Swing : 150 ribu

Day 5 khamis (29/3)

Takde aktiviti just naik grab terus ke airport untuk pulang ke tanah air yang tercinta !

1. Grab : 120 ribu

2. Makan : 50 ribu

So, total belanja tak sampai pon 2 juta ada la lebih dalam 300 ribu lagi.

Yang bestnya pergi Bali ni sebab kat sana murah murah and sangat cantik no wonder Bali is one of the most favourite places to go in the world! So, bagi sesiapa yang bajet bawah 1k boleh try pergi Bali ni serious recommended takkan menyesal punya lah.

But ada satu tempat yang kitorang nak sangat pergi tapi takde rezeki nak pergi sebabnya tak cukup masa and quite far from our hotel.

Pura Lempuyang, Pura ni cantik sebab dekat sangat dengan Gunung Agung, ni gambar Google je.

Good tips: pergi awal pagi sebab banyak sebenarnya admission fee tapi sebab kitorang gerak awal pagi and time tu kaunter pon tak bukak lagi so dapat la masuk free.

We were using Iphone 8, Gopro Hero 5, Sony a6000 and DJI Mavic pro to capture all the moments. Last but not least, thanks to @fariishakiim for making this amazing video. Thank you sebab sudi baca this thread sampai habis. Enjoy this video.

Sumber : Twitter Hilmiimlih97

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.