Siakap Keli

Gout Tak Boleh Dirawat Dengan Teknik Mencucuk Kaki, Silap-Silap Boleh Kena Penyakit Berjangkit

Beberapa hari yang lalu, viral satu rakaman video mengenai rawatan penyakit gout yang didakwa boleh menyembuhkan penyakit kronik tersebut.

Melalui rakaman tersebut, dapat dilihat seorang lelaki mencucuk-cucuk kaki pesakit gaut di bahagian hujung jari kakinya hingga keluar darah yang kemudian didakwa sebagai bisa penyakit gout.

Persoalannya, betulke gout ini ada bisa? Bosa yang macam mana, macam bisa ular tu ke? Lagi satu, rawatan yang ditawarkan itu betul ke mujarab dan sudah dibuktikan selamat?

Menurut seorang jururawat profesional yang dikenali sebagai Bel Nawhen, penyakit gout tidak mempunyai bisa dan ia TIDAK dirawat dengan cara mencucuk dan melukakan bahagian yang sakit. Malah ujarnya, perbuatan mencucuk bahagian sendi yang sakit sehingga luka dan berdarah boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Tahap kebersihan alat yang digunakan juga boleh dipertikaikan kerana kami yakin ia tidak dikendalikan oleh mereka yang arif dengan penyakit berjangkit, seperti HIV barangkali.

 

Nak tahu lebih lagi mengenai penyakit gout dan bahaya rawatan yang tular tersebut. Jom baca perkongsiannya di bawah.

1. Gout adalah salah satu jenis penyakit radang sendi. Ianya berlaku apabila kandungan uric acid yang tinggi yang asalnya daripada sesetengah jenis sumber makanan yang tidak dapat diproses dengan betul.

2. Jadi uric acid ini akan membentuk kristal di sendi dan menyebabkan keradangan seterusnya kesakitan. Uric acid ni berkumpul di sendi-sendi.

3. 95% pesakit Gout adalah kerana faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.

4. Biasanya rawatan bagi penyakit gout ni adalah ubat tahan sakit dan kawal makan atau elak makanan tinggi purine seperti:

Makanan tinggi kandungan Purine adalah seperti :-

a) Ikan – bilis, sardin, salmon

b) Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam dan lain-lain.

c) Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak

d) Kerang, kepah, ketam, udang galah

e) Kekacang – kacang panjang, kacang pea

f) Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus

g) Cendawan

h) Minuman beralkohol

5. Gout TIDAK boleh dirawat dengan cara cucuk-cucuk macam ni. Darah yang keluar tu BUKAN bisa gout. Ia sekadar darah biasa kemudian bertindakbalas dengan keadaan sekeliling menyebabkan proses pembekuan menjadi cepat.

6. Cucuk-cucuk begini amat bahaya, selain berlaku perdarahan, boleh juga berlaku jangkitan kuman pada luka cucukan. Dah berlaku jangkitan, kuman tu pula berlumba-lumba menjangkiti organ terdekat. Jangan main-main.

7. Renjatan (shock) boleh berlaku dan jika tidak dikawal, boleh membawa maut.

Jadi, jangan mudah tertipu dengan so called rawatan yang boleh memudaratkan anda.

Sumber : Bel Nawhen

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di