Siakap Keli

Gempa Lombok: Jenazah Siti Nur Ismawida Dibawa Pulang Ke Malaysia

Jenazah Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia Ahad lepas, hari ini diterbangkan dari Lombok ke Jakarta, sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Jenazah Siti Nur Ismawida, 30, dijadualkan dibawa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok menggunakan pesawat Garuda GA0435 pada 9.40 pagi ini ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan berkata jenazah kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan Garuda GA0816 dari Jakarta pada 1.40 tengah hari ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 petang (waktu Malaysia).

“Jenazah diiringi suaminya, Mohd Hafiz Mohd Kassim, dan saudara kepada Mohd Hafiz, Saiyid Abdallah Syahir Aledrus,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di KLIA, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Kuala Lumpur.

Allahyarham Siti Nur Ismawida dilaporkan terkorban dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi 6.4 skala Richter yang menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada 5.47 pagi Ahad.

Kejadian itu setakat ini telah mengorbankan 14 mangsa, manakala beratus cedera serta memusnahkan lebih seribu rumah dan bangunan. – Bernama.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di