Siakap Keli

“Ibu Ayah, Orang Tu Macam Nak Ambil Adik,” Bapa Cerita Detik Kena Pukau, Anak Pula Hampir Diculik

Pelbagai cara licik dilakukan oleh penjenayah untuk memperdayakan mangsa. Isu seperti pukau, curi, dan culik kanak-kanak bukan lagi perkara baru. Sudah banyak kes yang dilaporkan di media.

Terbaru, sepasang suami isteri hampir saja menjadi mangsa pukau oleh seorang lelaki dan wanita yang datang menghampiri mereka secara tiba-tiba. Lebih menakutkan, bayi mereka yang berusia 10 bulan juga cuba dilarikan oleh suspek.

Mujurlah dalam keadaan separuh sedar mereka berjaya meminta lelaki itu memulangkan semula bayi mereka yang didukung oleh suspek. Bayangkan jika sebaliknya berlaku?

Perkongsian pengalaman oleh Hakim Mohd ini diharap dapat dijadikan peringatan oleh ibu-bapa lain agar sentiasa berwaspada mengawasi anak-anak.

Just info dan kongsikan bagi keselamatan anda dan juga keluarga..

Assalamualaikum Wbt./Salam Sejahtera
29/7/[email protected]
Equine Park, Seri Kembangan

Saya sekeluarga menikmati makan tengahari di Equine Park, Seri Kembangan dimana isteri saya menyukai masakan gulai kawah sememangnya terbaik. Saya sekeluarga kerap juga ke kedai tersebut sebelum ni, dan pernah tinggal di Apartment Equine Park.

Sambil menikmati makanan tiba-tiba seorang lelaki datang ke arah meja kami dan mengutip “baby wet tissues” yang jatuh di atas lantai dan kembalikan serta menegur anak saya yang berumur 10bulan di “baby chair” lalu menghulurkan tangannya, mengambil dan mendukung anak saya.

Dalam hati berkata macam pelik orang ni? isteri pula menepuk-nepuk peha saya, gerak hati berasa sabar dahulu, tengok apa reaksi. Lalu itu datang pula seorang wanita dari belakang dipercayai berkomplot bersama suspek utama (lelaki tadi) adalah kelihatan seperti pasangan suami isteri berumur dalam lingkungan 40an atau 50an dan pertuturan mereka berdua berbahasa Indonesia menegur juga sambil berkata:

“Saya jaga anak orang juga dan rumah saya depan ni ja..”

Saya mencelah :

”Takpe kak, letak ja anak saya di baby chair”, suspek tu merenung tajam ke arah saya.

Ubah topik, dan terus dia berborak dengan isteri saya dan bertanya tinggal dimana? Isteri saya menjawab tinggal di Putrajaya sambil itu mulut suspek terkumat kamit seperti membaca sesuatu ( mungkin ilmu pukau).

Suspek yang dipercayai pasangan suami isteri berkata lagi :

”Ibu dan ayahnya sedang makan biar kami menjaganya dan bergilir-gilir mendukung,” sambil suspek menuju ke arah hadapan pintu premis dan dipercayai cuba hendak melarikan anak saya.

Dan saya terus memanggil :

”Letak anak saya di baby chair!” dengan nada marah lalu pasangan tersebut membawa anak saya kembali dan berkata ”ayahnya marah, tidak boleh.”

Mungkin juga saya dan isteri ada kena tempias ilmu pukau itu kerana kami menjadi separuh sedar dan dalam itu mendengar suara anak saya yang sulung berkata:

”Ayah, Ibu… orang tu macam nak amek adik ja?” Tapi kami masih diam dan tidak menjawab pun pertanyaannya.

Kami ada buat jualan online kecil-kecilan, kebetulan pula hari tu ada buat penghantaran susu biolac dan nestum growell ke Puchong Utama tapi keadaan kami masih sama tempias dek ilmu pukau tadi.

Setelah sampai ke rumah baru kami tersedar dan bercerita sesama kami suami isteri. Lalu saya membuat laporan polis di IPD Putrajaya keesokan hari 30/7/2018 jam 12.26tengahari.

Gambar : Laporan polis yang dibuat

Sekiranya karangan saya ada kekurangan atau cacat cela harap dimaafkan. Saya meng “post” dan meng “viral” perkara ini bukan untuk diri sendiri tapi pada semua supaya alert keadaan sekeliling kita. Insyaa Allah.

P/S: Dunia sekarang jangan kita percaya sesiapa pun, kalau kita ikutkan juga akan merana.

Sumber : Hakim Mohd

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.