Siakap Keli

Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Orang Perempuan

Tidak dinafikan, proses membesarkan dan mendidik anak bukanlah sebuah perkara yang mudah untuk dilakukan.

Setiap anak memiliki sifat mereka tersendiri yang perlu difahami oleh kedua ibu bapa agar tidak terlepas pandang dengan kebutuhan mereka.

Membesarkan dan mendidik anak lelaki dan perempuan mempunyai cara dan cabaran berbeza yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.

Walaubagaimanapun, anak merupakan amanah dari Allah SWT yang perlu dijaga dan didik sebaiknya oleh ibu bapa agar menjadi insan yang berguna.

Sumber foto: Google
Sumber foto: Google

Selain dari ilmu yang dipelajari di sekolah, anak-anak juga perlu dididik dengan ilmu pengetahuan yang lain seperti adab, etika dan sebagainya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka terdedah dengan pengetahuan am yang pastinya boleh dipelajari dari rumah.

Entri kali ini akan berkongsi penulisan daripada Dr Taufiq Razif yang membicarakan tentang antara perkara yang ibu bapa wajib ajar kepada anak lelaki supaya tidak dibuat pada orang perempuan.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Sumber foto: Google
Sumber foto: Google

– Jangan sentuh sembarangan

 Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.

 Selama ni kita asyik ajar anak perempuan je supaya jerit dan lari jauh jauh kalau ada orang lain nak sentuh bibir, dada, fajar, punggung dan dubur tapi pernah tak kita ajar anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya tubuh kawan perempuan dan sepupu sepupunya?

▪Juga tak boleh menyentuh, pegang, raba 4 private part pada sama jantina juga. Pada adik lelaki, kawan-kawan lelaki, sepupu-sepupu lelaki, pada anak sedara lelaki dan lain-lain.

Sumber foto: Google
Sumber foto: Google

– Jangan Tabur Janji Sembarangan

 Ajar kita supaya jangan berbohong dan tabur janji manis pada orang lain terutamanya perempuan

 Kelebihan anak lelaki ni mulutnya sangat manis dan dia pandai memanipulasi emosi perempuan dengan suaranya dan percakapannya

 Tu la kenapa kalau hukum anak tu kena berpada pada. Berbohong adalah salah satu mekanisma pertahanan diri. Anak mesti akan berbohong kalau nak lepaskan diri daripada hukuman yang keterlaluan. Dari situlah banyak lahirnya sifat terbiasa berbohong pada diri anak kita.

Sumber foto: Google
Sumber foto: Google

 – Jangan Tengok Sembarangan

 Anak lelaki ni tinggi hormon Testosterone-nya. Tu lah kenapa anak lelaki lebih cepat teransang kalau melihat benda-benda yang terbuka auratnya walau sekecil kecil benda

 Ajar anak kita tunduk pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak senonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV

 Anak perempuan ni lemah telinganya kalau dipujuk rayu dan digoda tetapi anak lelaki ni kelemahan terbesar mereka adalah pada matanya!

Sumber foto: Google
Sumber foto: Google

– Jangan Berkasar Pada Perempuan

 Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat dan lebih tangkas daripada anak perempuan

 Anak lelaki mempunyai otot yang lebih padat disebabkan oleh ‘testosterone-induced muscular hypertrophy’. Tulang,tendon dan ligament anak lelaki pun lebih kuat.

 Kita kena bagitahu anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan untuk melindungi, bukannya menindas adik beradik perempuannya.

Sumber foto: Google
Sumber foto: Google

 – Jangan bebankan kerja rumah pada adik beradik perempuan

 Bab kerja rumah sama je lelaki ke perempuan. Tak ada istilah lelaki itu raja, perempuan itu hamba

 Kita juga kena ajar lelaki untuk menjadi pemimpin rumahtangga dan sama-sama membantu orang di bawah jagaannya

 Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memahami dan empati dengan keperitan pasangan

 Kita taknak anak kita jadi BOS RUMAHTANGGA, kita nak anak kita jadi PEMIMPIN YANG DICINTAI SELURUH AHLI KELUARGANYA

p/s : Benda ni sangat penting tapi saya rasa masih ramai mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye

p/s : Saya juga selalu kongsi ilmu mendidik anak di Telegram saya ni. Ada dalam 100 Ribu orang juga kat dalam tu. Klik je link ni untuk join sekali ?t.me/NotaTaufiqRazif

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar