Siakap Keli

Makcik Bawang Tahu Kecam Saja, Fahami Sebab Kenapa Ada Wanita Sukar Hamil

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti menginginkan cahaya mata yang menjadi pelengkap sebuah keluarga. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik, ada yang mendapat zuriat setelah setahun berkahwin dan kurang, dan ada juga yang harus menunggu bertahun untuk mendapatkan zuriat.

Namun, ada juga sesetengah masyarakat khususnya makcik-makcik bawang yang sering membuatkan mereka tertekan kerana soalan-soalan berkaitan zuriat ini. Siapa yang tidak mahukan zuriat setelah berkahwin?

Sebenarnya, ada beberapa hal yang harus masyarakat ketahui berkaitan masalah sukar hamil ini. Pernahkah anda mendengar tentang Sindrom Ovari Polisistik  (Polycystic Ovary Syndrome(PCOS))? Sindrom ini adalah penyakit yang berkaitan dengan kesukaran wanita untuk hamil.

Ovari Polisistik bermaksud ovari wanita menghasilkan lebih banyak folikel daripada biasa setiap bulan.

Kira-kira lima folikel mula matang dalam setiap kitaran haid dan sekurang-kurangnya satu folikel yang mengandungi telur membebaskan telur matang semasa ovulasi. Tetapi mereka yang mengalami ovari polisistik, ovari mereka mula mematangkan sekurang-kurangnya dua kali ganda folikel berbanding biasa, dan kebanyakan folikel ini membesar dan matang tetapi tidak membebaskan telur(Rujukan 1).

Gambar : Putra Nauli

Seseorang yang menghidap PCOS, ovari pesakit lebih besar daripada biasa. Ovari pesakit yang lebih besar mempunyai banyak sista kecil yang mengandungi telur yang tidak matang(Rujukan 6).

Dianggarkan di antara 22 dan 33 peratus wanita mempunyai polisistik ovari. Polisistik ovari ini melarat menjadi sindrom polisistik ovari (PCOS) bagi sesetengah wanita dan hal ini berlaku kerana selain daripada polisistik ovari, mereka turut mengalami simptom-simptom lain (Rujukan 1).

PCOS berlaku apabila sistem hormon menjadi tidak stabil, membuatkan ovulasi menjadi tidak tetap dan menyebabkan perubahan lain dalam badan wanita . Sindrom polisistik ovari dianggarkan menjejaskan di antara 5 dan 15 peratus wanita yang dalam umur pertengahan, dan dikatakan lebih kerap berlaku kepada wanita berketurunan Asia(Rujukan 1).

Gangguan Hormon

Gambar : Twitter @muhammadeizat

Sebenarnya, dalam tubuh wanita, terdapat hormon lelaki yang disebut sebagai androgen. Jika seseorang wanita mengalami sindrom polisistik ovarium, dalam badan mereka akan mengalami lebih hormon androgen(Rujukan 2).

Ciri-ciri yang dapat dilihat apabila seorang wanita mengalami androgen lebih dalam badan ialah bulu roma yang tumbuh lebat pada tubuh badan, kenaikan berat badan dan timbulnya jerawat (selain hormon dan faktor genetik).

Androgen yang berlebihan juga dapat mengganggu ovulasi Anda. PCOS akan mengganggu folikel yang seharusnya membuka dan melepaskan telur yang matang ke dalam tiub fallopio(Rujukan 2).

Genetik

Ahli keluarga wanita yang mempunyai PCOS juga berisiko tinggi untuk mengalami keabnormalan metabolik yang sama. Pelbagai jenis gen dan mekanisme mungkin menjelaskan mengapa PCOS mempunyai pelbagai gejala dan berkembang pada usia yang berbeza untuk wanita(Rujukan 3).

Gambar : Kimia Farma Apotek

Status obesiti dan kelebihan berat badan menyumbang kepada ketahanan insulin. Penyelidik telah menunjukkan bahawa wanita yang menghidap PCOS akan mengalami ketahanan insulin berbanding wanita yang tidak mempunyai PCOS(Rujukan 3).

Ini adalah ketara kerana ia menunjukkan bahawa berat badan berlebihan selalunya menjadi faktor utama dalam ketahanan insulin pada wanita tanpa PCOS dan ianya bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan masalah insulin pada orang yang mempunyai PCOS(Rujukan 3).

Diagnosis

Tiada ujian khusus untuk mengenal pasti PCOS. Doktor mungkin bermula dengan perbincangan sejarah perubatan pesakit, termasuk tempoh haid dan perubahan berat badan pesakit. Pemeriksaan fizikal lain termasuklah pemeriksaan tanda-tanda pertumbuhan rambut yang berlebihan, ketahanan insulin dan jerawat(Rujukan 4).

Doktor juga mungkin mengesyorkan(Rujukan 4):

  • Peperiksaan pelvik. Doktor akan memeriksa jika ada sesuatu yang abnormal pada bahagian rahim pesakit.
  • Ujian darah. Darah pesakit akan dianalisis untuk mengukur tahap hormon. Ujian ini boleh mengenal pasti kemungkinan penyebab kelainan pada haid atau kelebihan androgen yang hampir sama seperti PCOS. Mungkin juga diperlukan ujian darah tambahan dari pesakit untuk mengukur toleransi glukosa dan tahap kolesterol.
  • Ultrasound. Doktor akan memeriksa keadaan ovari pesakit dan ketebalan lapisan rahim anda. Alat wandlike (transduser) diletakkan di dalam vagina (ultrasound transvaginal). Transduser mengeluarkan gelombang bunyi yang diterjemahkan ke dalam imej pada skrin komputer.
    Gambar : willdavidson.ca

Jika seorang pesakit mempunyai diagnosis PCOS, doktor mungkin akan mencadangkan ujian tambahan untuk sebarang komplikasi. Ujian tersebut termasuk:

  • Pemeriksaan berkala tekanan darah, toleransi glukosa, dan tahap kolesterol dan trigliserida
  • Pemeriksaan untuk kemurungan dan kecemasan
  • Pemeriksaan untuk apnea tidur obstruktif (Rujukan 4)

PCOS Ada Penawar?

Malangnya, Sindrom Polisistik Ovari masih tiada penawar lagi, tetapi ada banyak cara untuk mengurangkan atau mengelakkan gejala PCOS. Doktor mungkin menawarkan ubat yang berbeza yang boleh merawat gejala seperti tempoh tidak teratur, jerawat, rambut berlebihan, dan gula darah tinggi.

Mengawal Dan Mengubah Cara Hidup –  Wanita yang mengalami berat badan yang berlebihan menjadi salah satu faktor  masalah POCS untuk jangka masa panjang. Hal ini boleh dielakkan jika penghidap PCOS dapat menurunkan sedikit berat badan mereka dan mengawal pemakanan seharian(Rujukan 5).

Para pesakit juga boleh menurunkan berat badan dengan senaman secara teratur dan mempunyai diet yang sihat dan seimbang . Diet pula harus merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan seperti roti gandum, bijirin wholegrain, daging tanpa lemak, ikan dan ayam(Rujukan 5).

Gambar : Best Health Magazine Canada

Rawatan kesuburan disediakan untuk membantu wanita hamil. Kehilangan berat badan sebanyak 5% boleh membantu wanita ovulasi lebih kerap dan mengurangkan gejala PCOS yang lain. Cara yang ideal untuk melakukan ini adalah melalui pemakanan dan senaman(Rujukan 5).

Doktor juga boleh mengesyorkan pil perancang yang mengandungi  hormon estrogen dan progestin. Pil ini dapat membantu mengawal kitaran haid pesakit dengan mengurangkan pengeluaran androgen.

Gambar : atusaludenlinea.com

Jika pesakit tidak mahu mengambil pil perancang, doktor juga boleh hanya mengesyorkan pil progestin. Pesakit haruslah mengambil pil ini selama 2 minggu sebulan, selama kira-kira 1-2 bulan. Ia juga dapat membantu mengawal tempoh anda.

Kepada para wanita, periksalah tahap kesihatan anda sebelum dan selepas kahwin bagi mengenal pasti penyakit dengan lebih awal agar dapat segera dirawat sebelum terlambat. Lakukan pemeriksaan berkala bagi wanita yang mengalami masalah sukar hamil dan si suami harus saling membantu dan memberi sokongan kepada isteri untuk melakukan pemeriksaan.

Rujukan

  1. Baby Center
  2. The Asian Parent Indonesia
  3. Endocrineweb
  4. Mayoclinic
  5. NHS Choice
  6. WebMD

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey