Siakap Keli

(Video) Ribuan Penduduk Islam Bantah Besar-Besaran, China Tangguh Roboh Masjid Paling Bersejarah

Semalam kecoh apabila ribuan penunjuk perasaan berhimpun di hadapan masjid China susulan perintah merobohkan bangunan suci tersebut dikeluarkan kerajaan itu.

Tindakan itu dibuat kerana bangunan masjid itu tak berdaftar.  ‘Masjid Weizhou’ itu telah dibina sejak beratus-ratus tahun dahulu dan mempunyai artifak sejarahnya yang tersendiri.

Walaupun telah melalui proses pembangunan semula 2 tahun lalu, masjid tersebut dikatakan menjalani proses perlesenan yang tidak mengikut prosedur.

Hari ini, setelah menerima bantahan besar-besaran daripada ribuan penduduk Muslim, pihak berkuasa China memutuskan untuk menangguhkan meroboh Masjid Besar Weizhou di wilayah Ningxia, utara China.

Penduduk tempatan berkata, pihak berkuasa China mengehadkan kebebasan beragama kepada masyarakat Muslim di sana.

Sumber: Journal du Cameroun

Nur Farra