Siakap Keli

“Saya Dah Tak Daya Nak Perangi Rasuah Yang Wujud Hampir Di Semua Jabatan Kerajaan”, Presiden Filipina, Duterte Sedia Letak Jawatan

Lelah dan kecewa atas kegagalannya membendung rasuah yang meluas dalam kerajaan, Presiden Filipina, Duterte berkata dia bersedia untuk letak jawatan sebelum berakhirnya tahun 2022.

Dalam kenyataan itu, Duterte meluahkan hasrat hati untuk meminta bekas senator Ferdinand “Bongbong” Marcos Jr dan Senator Francis Escudero untuk menggantikannya kerana beliau mendakwa bahawa Naib Presiden Leni Robredo “tidak dapat melakukan pekerjaan itu.”

“Saya tidak marah dengan sesiapa pun. Mengejar pegawai kerajaan yang melakukan rasuah seolah-olah tidak berkesudahan, dan ia sudah mencemari hampir semua jabatan dan pejabat kerajaan. ”

Presiden membuat kenyataan itu selepas dia memecat 20 pegawai tentera dan seluruh lembaga Yayasan Nayong Pilipino atas dakwaan rasuah.

Dua minggu lalu, Duterte mengisyaratkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan semasa persidangan arahan dengan Angkatan Tentera dan Polis Negara Filipina.

“Saya bosan mengejar pegawai kerajaan yang melakukan rasuah. Saya bersedia untuk pergi, “katanya.

“Dadah tidak akan dapat diselesaikan sehingga tempoh saya tamat,” kata Presiden, sambil menambah masalah itu hanya akan memburukkan dan tak dapat dibasmi.

Sumber: Phil Star

Nur Farra