Siakap Keli

Amaran Ribut Petir Seluruh Perairan Sehingga 5 petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor Timur sehingga 5:00 petang; Rabu, 22 Ogos 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Orang ramai diminta menjauhi kawasan perairan dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nur Farra