Siakap Keli

(Video)Tiga Maut Dihempap Mesin Kilang Meletup Di Rawang

BERNAMA hari ini melaporkan tiga pekerja maut manakala dua lagi cedera akibat dihempap mesin yang meletup dalam kejadian yang berlaku di sebuah kilang di Rawang, kira-kira 11 pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Yazli Yahya berkata, mangsa yang terkorban merupakan dua lelaki warga tempatan dan seorang warga Bangladesh.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak hospital.

“Ketika kejadian mangsa dipercayai berada di bawah mesin itu,” katanya.

Bagaimanapun BERNAMA melaporkan identiti mangsa-mangsa yang terlibat belum dikenal pasti.

Yazli turut memberitahu bahawa sepasukan anggota dari  Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11 pagi.

“Operasi mengeluarkan mangsa masih dijalankan ketika ini,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.