Siakap Keli

Taksub Wajah Seperti Tengkotak, Lelaki Sanggup Potong Lidah, Hidung Dan Telinga

Seorang lelaki berusia 22 tahun berasal dari Colombia menjadi tajuk utama berita di Amerika Selatan kerana sanggup menjalani pembedahan ekstrim demi mendapatkan wajah yang diidamkannya.

Dikenali dengan nama Kalaca Skull, lelaki ini mengakui bahawa dia menggemari corak tengkorak sejak kecil dan mengambil keputusan untuk mengubah wajahnya seiras tengkorak selepas kematian ibunya berikutan ibunya tidak menyetujui idea tersebut.

Operasi ekstrim itu dilakukan oleh pelukis tatu muda ini dengan membuang bahagian bawah hidungnya sebelum melakukan lagi pembedahan memotong telinga kerana tengkorak tidak mempunyai telinga.

Tidak hanya terhenti di situ, usahanya untuk mendapatkan wajah tengkorak diteruskan dengan membuat tatu berwarna biru-kelabu di lidahnya, tatu hitam besar di sekitar matanya, selain gigi besar di sekeliling mulut dan pipinya.

Tindakan lelaki ini menerima pelbagai reaksi dari netizen dan orang awan yang rata-ratanya mengkritik keputusan yang dibuat oleh Kalaca Skull.

Bagaimanapun, Kalaca tidak mengambil pusing tentang kritikan dan merancang prosedur lain untuk menyempurnakan transformasinya menjadi tengkorak hidup dan menggelar transformasi ini sebagai satu mimpi menjadi kenyataan.

“Bagi saya, satu tengkorak itu seperti kakak saya, sebahagian daripada keluarga saya, saya rasa sangat dekat dengannya,” ujar pemuda Colombia itu dalam satu temu bual.

Kalaca turut mengakui bahawa ramai orang tidak selesa dengan penampilannya yang kelihatan jahat tetapi baginya, dia adalah seorang lelaki yang baik.

“Sebaliknya, saya seorang yang normal yang hanya kelihatan jauh berbeza dengan kebanyakan orang lain.

“Ia seperti perbezaan cara berfikir, berpakaian dan gaya muzik. Saya hanya rasa senang dengan cara saya,” jelasnya.

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar