Siakap Keli

(Video)SPRM Rampas Jutaan Dolar Selepas Berjaya Menahan Bekas Ketua Pengarah MEIO Dan Beberapa Lagi

Sejak berakhirnya pilihan raya yang lalu, satu agensi risikan negara yang seblum ini tidak pernah diketahui, Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) menjadi sebutan dan kerap dilaporkan beberapa portal berita tempatan.

Bekas Ketua Pengarahnya, yang juga seorang wanita ketika berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu dikaitkan dengan beberapa penyelewangan sebelum ini dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua hari lepas. Turut ditahan adalah beberapa orang lagi pegawai MEIO termasuk ahli perniagaan.

Hari ini, beberapa portal berita tempatan melaporkan bahawa serbuan SPRM ke atas beberapa lokasi termasuk di sebuah kondominum mewah di Cyberjaya berjaya menemui dan merampas wang tunai sebanyak US$ 6.3 juta (RM 26 juta), melalui satu sidang media yang diadakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Portal media yang sama juga menyebut bahawa SPRM kini sedang giat mengesan baki wang tunai berjumlah US$ 5 juta (RM 20.63) juta, yang dianggap sebagai milik kerajaan persekutuan.

Sisatan lanjut yang dijalankan SPRM juga mendapati keseluruhan lebih kurang US$ 12 juta (RM 49.52 juta) telah dibawa ke dalam negara kira-kira 3 bulan lalu, namun tidak dapat dipastikan tujuannya.

Beliau turut meminta mana-mana orang ramai awam yang mempunyai maklumat berhubung kegunaan dan tempat simpanan wang tersebut untuk tampil membantu siasatan. Malah, SPRM turut memberitahu bahawa mereka berbuat demikian akan diletakkan dibawah perlindungan saksi.

Datuk Seri Azam dalam pada itu memperbetulkan laporan media sebelum ini yang mengaitkan siasatan SPRM dengan kes pengutusan sepucuk surat ke sebuah agensi perisikkan luar.

Sebaliknya, siasatan dan penahanan yang dibuat oleh pihaknya berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan dana milik kerajaan yang dibuat oleh penjawat awam.

Melalui sidang media yang sama juga, SPRM turut mempamerkan semua wang tunai yang berjaya dirampas serta beberapa buah bagasi yang digunakan untuk menyimpan wang-wang tersebut.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.