Siakap Keli

Bawa Pulang Air Rebusan Orang Asli Amazon, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara 11 Tahun

Seorang lelaki warga Rusia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun enam bulan kerana membawa pulang dua botol kecil sejenis ubat terkenal yang dihasilkan oleh orang asli di Amazon.

Ubat yang dikenali dengan nama ‘ayahuasca’ itu dibeli oleh Maxim Gert ketika dia berkunjung ke bandar Peru dan membawanya pulang tanpa menyedari bahawa ubat itu akan menyebabkan dia dipenjara.

Dia yang menderita sakit belakang sejak sekian lama memutuskan untuk membawa ubat ini pulang selepas seseorang mencadangkan kepadanya untuk mencuba air rebusan itu yang boleh didapati dari seorang dukun tempatan di Peru.

Meskipun tidak ada penjelasan sama ada air rebusan ramuan tradisional yang dipercayai memiliki sifat psikoaktif yang diminumnya itu berkesan ke atas tubuhnya, Gert tetap membawa pulang dua boyol ubat itu untuk kegunaannya di rumah.

Dalam perjalanan pulang ke Nizhny Tagil, petugas kastam di beberapa negara yang dilaluinya tidak pernah tertarik untuk memeriksa ubat itu sehingga dia tiba di lapangan terbang Domodedovo, Rusia.

Semasa pemeriksaan rutin, kakitangan lapangan terbang mengambil botol minyak tersebut dan menghantarnya ke makmal untuk diuji dan mendapati ubat itu mengandungi kepekatan dimethyltryptamine yang tinggi, sebatian psikoaktif yang kuat yang tidak dibenarkan di Rusia.

Meskipun peguamnya sudah berusahan membela dan merayu selain Kekurangan rekod jenayah dan keterangan rakan-rakan dan keluarganya bahawa dia tidak pernah menggunakan atau mengambil dadah nampaknya tidak cukup kuat.

Gert yang hanya percaya ubat tersebut mampu mengubati sakitnya, ditangkap dan didakwa atas kesalahan memiliki dadah dengan niat ingin menjualnya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pelancong seperti Gert diingatkan supaya berhati-hati sebelum membawa pulang sebarang produk tempatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku.

Sumber- ODDITYCENTRAL

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar