Siakap Keli

Saat Genting ‘Banana Boat’ Terbalik, Anak Saksi Ibu Maut Selepas Terperangkap Bawah Bot

Seorang ibu maut dihadapan anak perempuannya selepas terbalik dan terperangkap di bawah sebuah bot pelampung (‘banana boat’) ketika bercuti di perairan Mesir.

Mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 50 atau 60 tahun dilaporkan tersangkut di bawah bot permainan tersebut selama beberapa minit selepas terbalik.

Salah seorang penunggang bot berkenaan memberitahu media bahawa banana boat itu terbalik selepas bos laju menghempas air laut dengan kuat.

Wanita berkenaan walau bagaimanapun telah ditarik keluar namun, sebaik rawatan CPR diberi, mangsa didapati mati ditempat kejadian.

Seorang saksi yang berada di atas kapal ketika itu memberitahu media, “saya dapat mendengar suara anak perempuannya menangis kerana tahu ada sesuatu yang tak kena dengan ibunya itu.”

Syarikat percutian tersebut telah menghentikan semua lawatan bot di kawasan tersebut bagi siastan lanjut.

Sumber: Metro UK

Nur Farra