Siakap Keli

Kejam, Budak 11 Tahun Dikurung 5 Hari Dan Dirogol 8 Lelaki

Kehilangan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya akhirnya terjawab apabila polis menemui mangsa di salah sebuah rumah kosong selepas 5 hari.

Apa yang menyedihkan, dalam kejadian yang berlaku di Blitar Indonesia itu, mangsa ditemui dalam keadaan trauma kerana dikurung dan diperkosa oleh lapan lelaki dalam tempoh tersebut.

Lebih malang, hasil siasatan pihak polis mendapati perkara ini bukan kali pertama berlaku kerana kejadian sama kerap menimpa mangsa sejak dua tahun lalu.

Difahamkan, terdahulu mangsa pernah dirogol lebih dua lelaki dalam satu masa. Kali ini, nasib yang sama menimpanya apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki pula.

“Dari laporan keluarganya kami melakukan siasatan dan berhasil menemukan mangsa di rumah salah seorang pelaku di wilayah Udanawu.

”Setelah berjaya ditemui, baru mangsa bercerita dia telah diperkosa oleh lapan pemuda,” kata jurucakap polis, Samsul Anwar.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan meminta pertolongan seorang rakan untuk berjumpa dengan salah seorang rakan mereka kerana telefon bimbitnya telah dirampas oleh ibu bapanya.

Rakannya itu yang juga merupakan salah seoarang pelaku bersetuju untuk membantu tetapi dengan syarat mangsa perlu mengadakan hubungan seks dengannya.

Setelah melempiaskan nafsunya, pelaku mengajak rakan-rakannya yang lain untuk merogol mangsa. Di bawah pengaruh alkohol, mereka bergilir-gilir merogol mangsa yang masih di bawah umur.

”Mangsa kami beri minum minuman keras dulu, baru kami bergilir-gilir merogolnya”, kata seorang pelaku.

Kesemua tertuduh didakwa merogol remaja bawah umur dan jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman maksima 20 tahun penjara.

Sumber : Detik News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.