Siakap Keli

Lupakan SST, Nikmati 31% Diskaun Sehingga 30 Sept Di 50 Tempat Best Di Kuala Lumpur

Banyak tempat adventurous jenis indoor aku cari kat KL ni tapi susah nak jumpa.  Kalau outdoor dengan cuaca tak menentu ni takut tak puas.  Yela, takut tengah main sedap-sedap tiba-tiba hujan pula.

Sebaik mempertimbangkan faktor lokasi, harga dan aktiviti, akhirnya aku buat keputusan untuk cuba main laser tag yang bertempat di Times Square, Kuala Lumpur.  Laser tag tu apa? Untuk korang yang tak biasa dengar, laser tag ni ala-ala paintball tapi bezanya, laser tag tembak guna laser. Takdelah lebam badan kena peluru tu. Siapa pernah main permainan ni tahulah macam mana peluh lencun korang kejar musuh.

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, laser tag atau Laser Battle ini berada di tingkat 7, Berjaya Times Square.  Kenapa aku pilih Laser Battle?

Ini fakta menarik untuk aku bagitahu korang sebab dan musababnya.  Kalau korang nak tahu, sekarang ni Maybank tengah buat promosi 31% diskaun ke atas 50 outlet terpilih kalau korang bayar guna kod QR.

50 outlet?! Yes, 50 outlet yang merangkumi beberapa kategori seperti makanan, kecantikan, dan outlet yang menyediakan aktiviti lasak seperti Laser Battle antara salah satunya, Escape Room, Aeon Fantasy dan Breakout.

Laser Battle
Laser Battle
myBurgerlab
Gloria Jean’s Coffees
Escape Room
Aeon Fantasy
Bubble Gum Wax

Lepas dah penat main, perut pun minta diisi lah kan?  Masa ni lah aku ambil peluang yang terbentang luas untuk guna QRPay makan dekat Nene Chicken yang viral tu. Dekat Nene Chicken pun boleh makan guna Maybank QRPay gaisss! Dahla senang, makan murah pula tu.  Siapa tak nak?

Untuk korang yang belumt tahu lagi, kod QR ni adalah salah satu integrasi pembayaran hanya dengan sekali imbas! Maksudnya, korang tak payah bawa wang tunai pun.  Hanya dengan telefon pintar dan aplikasi Maybank, korang dah boleh buat pembayaran di lokasi yang menyokong Maybank QRPay.

 

Selain selamat, inisiatif ini sangat memudahkan korang yang tiba-tiba terlupa bawa dompet ke atau jenis malas nak beratur panjang-panjang dekat mesin ATM untuk keluarkan duit.

Laser Battle, Nene Chicken dan Gloria Jean’s Coffees antara outlet yang bekerjasama dengan Maybank sepanjang kempen ini berlangsung dari 27 Ogos 2018 – 30 September 2018.  Kalau macam Laser Battle, dorang akan bagi diskaun sebanyak RM15++ bergantung harga sesi yang korang pilih apabila korang menggunakan kod QRFUN untuk permainan dan QREAT untuk kod makanan melalui Maybank QRPay!
Untuk memudahkan korang, aku ajar macam mana nak guna Maybank QRPay ni.

KOD PROMO

Gunakan kod promo untuk menikmati diskaun eksklusif di outlet yang mengambil bahagian:

KOD PROMO: QREAT

Amore Espresso Bar, Gloria Jean’s Coffee, myBurgerLab, Omulab, Quartet, Rawsome, Salad Atelier, Salted, Nene Chicken & The Owls Café

KOD PROMO: QRCAKES

Suanson Specialty Cake

KOD PROMO: QRFUN

Aeon Fantasy, Breakout, Escape Room, Gymboree, Laser Battle & The Pantheon

KOD PROMO: QRBEAUTY

BubbleGum Wax, Chic Poise Beauty, Footsie, Hair Emporium, Posh Nail Spa & Snooze Massage Delivery

Senangkan? Hanya dengan 4 langkah mudah, korang dah boleh bayar tanpa tunai selain dapat gajaran yang istimewa! Memang terbaik sangat inisiatif terbaru daripada Maybank ni dan katanya selepas ni Maybank akan menyasarkan lebih banyak lagi perusahaan menggunakan servis QRPay.

Jadi, korang janganlah lepaskan peluang nikmati diskaun sebanyak 31% bermula hari ini sehingga 30 September okay! Apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi Maybank sekarang, imbas kod QR dan nikmati diskaun di 50 outlet terpilih!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Maybank bagi lebih banyak lagi promosi yang ditawarkan!

via GIPHY


Nur Farra