Siakap Keli

Neraka 9 Bulan, Gadis Diculik Dari Sekolah, Dikurung Dalam Kontena Selama Tempoh Itu, Dirogol Dan Diseksa Secara Dasyat

Seorang anak gadis menjadi mangsa culik selama 9 bulan, dikurung, dirogol dan disiksa dalam tempoh tersebut tanpa belas kasihan. Cuba anda bayangkan?

Mangsa culik Abby Hernandez kini mendedahkan kepada umum pengalaman ngeri bagaimana dia meneruskan hidup selama sembilan bulan dikurung, dirogol dan di seksa tanpa perikemanusiaan.

Mengimbas semula kejadian pada tarikh 9 Oktober 2013, dia yang berusia 15 tahun ketika itu berjalan pulang dari sekolah seperti anak gadis biasa tanpa menyedari mimpi buruknya bakal bermula.

Lelaki tersebut Nathaniel Kibby menghampirinya ketika itu dan mempelawanya untuk menghantar pulang ke rumah. Gadis naif yang tidak mengetahui apa-apa itu kemudiannya bersetuju kerana kakinya sakit.

Apabila Abby menyedari dia sebenarnya diculik, dia diugut akan ditembak jika cuba keluar dari kenderaan lelaki itu.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah kontena di kawasan rumah Kibby sejauh 30 batu dari rumahnya di Conway, New Hampshire dan di situlah ‘neraka’ gadis itu bermula.

Dalam tempoh 9 bulan kehilangannya, keluarga Abby tidak berputus asa mencari anak kesayangan mereka itu sehinggalah dia dijumpai.

Dalam temubual eksklusif yang dijalankan bersama ABC News, Abby memberitahu taktik yang digunakannya untuk terus hidup dan apa yang membuatkan dia bertahan sepanjang tempoh itu.

Ketika sedar bahawa dia diculik, dia harus bertindak bijak dan apa yang terlintas saat itu adalah untuk melakukan rundingan.

“Saya beritahu padanya, saya tidak menilai kamu atas perbuatan ini. Jika kamu lepaskan saya, saya tidak akan beritahu sesiapa perkara ini,” ujar Abby.

Bagaimanapun percubaannya itu gagal dan dia dipakaikan rantai pengesan anjing yang mempunyai renjatan eletrik untuk menghentikan jeritannya yang meminta tolong.

“Dia pernah menyuruh saya untuk cuba menjerit, secara perlahan saya cuba dan terkena kejutan elektrik.

”Malah dia juga mengugut kontena itu akan meletup jika ada orang lain cuba selamatnya,” kata Abby.

Dirogol berkali-kali, diseksa dan diberi dadah sepanjang tempoh tersebut, Kibby juga menyuruh gadis itu memanggilnya dengan gelaran ‘Master’.

Gadis itu juga mendakwa lelaki itu turut mengawasinya dalam kamera pengawasan litar tertutup kerana kamera yang dipasangnya sentiasa berkelip.

Tambah Abby, sepanjang dikurung di dalam sebuah kontena, fikirannya tidak pernah terlepas daripada berdoa untuk hidup.

“Saya hanya mahu hidup. Sekali lagi saya cuba berbaik dan memberitahunya bahawa dia bukan seperti orang jahat.

”Seperti orang lain, semua orang melakukan kesilapan…jika kamu lepaskan saya, saya tidak akan beritahu kepada sesiapa,” kata Abby.

Namun, hanya selepas sembilan bulan baru Abby dibebaskan dari ‘neraka’ itu setelah lelaki itu sendiri melepaskannya di satu jalan gelap di luar bandar.

Berdasarkan siasatan pihak polis, lelaki itu akhirnya berjaya ditangkap dan  dijatuhkan hukuman penjara minimum 45 tahun kerana didapati bersalah menculik dan melakukan jenyah seksual.

Jenayah tidak mengenal siapa. Bagi penulis, jadikan pengajaran dari kisah Abby ini dan awasi anak gadis anda bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan !

Sumber : Metro UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.