Siakap Keli

(Video)Akatsuki, Kumpulan Ninja Yang Mahu Mengubah Dunia Dalam Anime Naruto Sebenarnya Wujud?

Bagi peminat manga dan anime Jepun, bahkan jika anda bukan peminat tegar sekalipun, sudah tentu pernah mendengar mengenai anime ataupun animasi Naruto dan Naruto : Shippuden, yang kini sirinya disambung dengan siri Boruto : Naruto Next Generation. Watak-watak utama seperti Uzumaki Naruto, Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura menjadi latar terhadap penceritaan tersebut.

Biarpun cuma dihasilkan dalam bentuk anime dan manga, tema yang cuba diangkat oleh penghasilnya, Masashi Kishimoto adalah sangat berat melibatkan isu politik antara negara dan peperangan ideologi yang cuba dibawakan oleh setiap karakter, antaranya adalah pergerakkan Akatsuki yang diketuai oleh Pain dan disokong oleh Uchiha Obito yang mahu mengubah dan menghapus kesengsaraan dunia dengan cara paling radikal.

Tetapi jangan terkejut, kumpulan Akatsuki ini bukan lagi khayalan dalan dunia animasi, sebaliknya ia benar-benar wujud, tetapi bukan di Jepun, negara asal animasi ini. Sebenarnya, dekat sahaja, Akatsuki ada di Indonesia. Kalian kaget?

Berbeza dengan Akatsuki asal yang mahu menghancurkan dunia, Akatsuki di Indonesia ternyata sebuah pergerakkan yang baik-baik sahaja, apabila turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti mengagihkan zakat pada Ramadan, bermula daripada tahun lepas lagi.

Lengkap dengan jubah ikonik Akatsuki iaitu jubah hitam yang dilatari dengan awan berwarna merah, setiap anggota Akatsuki ini, ataupun Organisasi Akatsuki Afkar di Lumajang, Jawa Timur ini membawa imej setiap karakter Akatsuki di dalam anime Naruto. Bukan itu sahaja, mereka turut mempunyai laman facebook mereka yang tersendiri bagi berkongsi ativiti kemasyarakan yang dijalankan oleh organisasi berkenaan.

Menurut pengasasnya, M Irfianto, walaupun di dalam siri Naruto, Akatsuki digambarkan sebagai sebuah pergerakkan yang jahat, namun mereka tetap memilih imej Akatsuki memandangkan ia unik dan ideologi asal organisasi tersebut yang mahukan kedamaian dan menghentikan peperangan.

Selain mengumpulkan dana zakat, Organisasi Akatsuki Afkar turut turun padang menyumbang tenaga dalam pembangunan masjid, sekolah agama, hospital dan bantuan khas untuk anak-anak yatim di komuniti tempatan Jawa Timur.

Yang pasti, Organisasi Akatsuki Afkar diminati ramai kanak-kanak di Indonesia.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=W9v29yJx0_Y]

 

Sumber : Kompas

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.