Siakap Keli

Ibu Hamil Dijangka Bersalin Hari Ini Maut Ketika Ribut Di Perlis Malam Tadi

Hujan lebat serta ribut sejak malam tadi telah membawa kepada satu kejadian tragis di Jalan Bukit Chabang, Padang Besar apabila sepasang suami dan isteri terbabit dalam kemalangan selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam.

Kemalangan tersebut telah meragut 4 nyawa dan salah seorang daripadanya ialah ibu yang sedang sarat mengandung sembilan bulan yang dijangka melahirkan anak keduanya hari ini.  Menurut sumber, pasangan suami dan isteri terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke hospital bagi persiapan bersalin isterinya.

Kejadian berlaku apabila kenderaan pasangan terbabit bertembung dengan kenderaan anggota polis jenis kancil sehingga mengorbankan nyawa pemandunya. Walau bagaimana pun, anak mangsa yang berusia 4 tahun dilaporkan selamat serta isteri dan 2 anak anggota polis itu juga turut terselamat.

Nur Farra