Siakap Keli

Caj Sirap Sampai RM18, KPDNKK Serbu Restoran Asam Pedas Beri Notis Amaran

Baru-baru ini tular apabila seorang pengguna Twitter menyebarkan gambar beserta resit air sirap yang dikenakan caj sebanyak RM18 untuk satu jag di sebuah premis makanan di Melaka Tengah.  Susulan kes ini, Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) telah mengeluarkan notis amaran kepada kedai makan berkenaan semalam.

 

Jaiya Abu, Pengarah KPDNKK negeri memberitahu bahawa notis itu dikemukakan untuk pengusaha memberikan dokumen tunjuk sebab selepas kedai makan tersebut tular kerana mengenakan caj air minuman sirap ais sebanyak RM18 satu jag.

“Kita telah buat pemeriksaan dan men­dapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis terbabit.

“Harga bagi minuman tular dibuat penandaan RM18, namun mem­punyai tiga saiz berbeza dan telah menasihatkan mereka supaya guna satu saiz jag standard bagi mengelak pelanggan keliru,” katanya.

Selain air sirap, pengusaha kedai makan tersebut diminta untuk mengemukakan dokumen tunjuk sebab bagi hidangan asam pedas ikan kembung yang dijual mengikut tangga harga berlainan.

“Hasil pemeriksaan mendapati set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu tun­juk mak­lum balas harga hidangan itu,” katanya.

Nur Farra