Siakap Keli

Buah Oren Jadi Warna Ungu, Wanita Hantar Kepada Saintis Untuk Disiasat

Baru-baru ini tular di media sosial apabila gambar yang dikongsi oleh pengguna Facebook mendapat perhatian pihak berkuasa kesihatan Australia.  Gambar tersebut merupakan gambar potongan buah oren yang bertukar menjadi warna ungu selepas beberapa jam dibiarkan terdedah.

Kejadian ini menjadi misteri pihak berkuasa apabila seorang wanita Brisbane, Neti Moffitt, meminta disiasat potongan sebiji oren dimana sebahagiannya telah dimakan oleh anaknya yang kemudian berubah warna.

Para saintis hari ini mendedahkan bahawa ia adalah disebabkan oleh tindak balas semua jadi antara buah tersebut dengan pisau tajam yang digunakan untuk memotong.

Stewart Carswell selaku ketua ahli kimia Queensland berkata, pelbagai ujian telah dijalankan bagi merungkai ‘misteri’ ini.

Hasilanya menunjukkan bahawa kandungan antioksidan buah telah bertindak balas dengan zarah besi dari bilah pisau yang baru diasah.

“Warnanya seperti buah tersebut dicelup ke dalam pad dakwat,” kata wanita tersebut.

Ahli kimia, Carswell menyifatkan kejadian ini adalah sesuatu yang luar biasa.

“Kami sentiasa melihat sampel yang terdiri daripada darah, air kencing, air, tanah, ikan dan bahan makanan . Tapi kali ini buah oren pula dijadikan sebahagian sampel, ianya sesuatu yang berbeza.”

Kerajaan Queensland memberi jaminan bahawa buah oren tersebut tidak berisiko untuk kesihatan dan ianya hanyalah tindak balas kimia.

Sumber: BBC

Nur Farra