Siakap Keli

Mana Lagi Untung, Simpan Duit Dalam Bank Atau Laburkan?

Kalau ada duit selepuk dalam laci rumah, apa korang akan buat? Simpan dalam bank atau labur kepada beberapa medium yang menguntungkan?

Ada yang sanggup simpan berkepuk dalam bank sebab takut habis, tapi ada juga yang berani melabur untuk gandakan duit dan kembangkan untung.

Pelaburan ini lebih kurang macam kita tangguhkan perbelanjaan sekarang untuk dapat untung pada masa depan.  Mungkin ada yang tak tahu kalau duit kita simpan lama-lama dalam bank, duit tersebut tidak selamat dari kesan inflasi. Jadi, pelaburan adalah salah satu kaedah yang baik untuk atasinya.

via GIPHY

Ramai yang tak melabur sebab rata-rata berpendapat pelaburan dibuat dengan cara yang berisiko tinggi sedangkan pelaburan tak semestinya dibuat dengan cara macam tu pun.  Sementara itu, masih ada juga yang tercari-cari pelaburan terbaik seperti saham, emas, hartanah atau bitcoin?

Zaman hari ini nak dapatkan info pelaburan hujung jari je. Semua orang dah boleh melabur. Tapi, apakah kita telah melabur dengan cara yang betul?

Bermula 12 hingga 14 Oktober, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menganjurkan InvestSmart Fest 2018 sebagai acara tahunan yang bertujuan menyediakan pelabur dengan asas-asas kukuh yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan yang mantap, termasuk mengetahui peluang pelaburan dan melindungi diri daripada skim penipuan pelaburan.

Acara 3 hari ini akan mendedahkan orang ramai kepada pendidikan pelaburan yang memaparkan peluang pelaburan pelbagai samada daripada saham, bon, unit amanah, skim persaraan swasta, dan pendanaan ekuiti ramai.  Apa yang lagi best, orang ramai boleh mengetahui mengenai pasaran saham sekarang, strategi pelaburan yang betul, hak dan tanggungjawab pelabur, pemilihan saham dan dana, bagaimana untuk menjadi pelabur yang bijak dan banyak lagi!

InvestSmart Fest 2017

InvestSmart Fest 2018 turut mengetengahkan gerai pameran institusi, persatuan, badan pasaran modal dan penggiat industri serta agensi kerajaan yang berkaitan yang dihimpunkan di bawah satu bumbung.

Pelbagai ceramah dan bual bicara oleh pakar-pakar industri terkemuka berkaitan peluang dan teknik pelaburan dalam pasaran modal selain terdapat kaunter perkhidmatan perancangan kewangan yang dipanggil #Finplan4u di mana pengunjung diberi khidmat penilaian kewangan percuma oleh perancang kewangan berlesen sepanjang tiga hari berkenaan. Tak lupa juga, pelbagai permainan interaktif menarik akan berlangsung berserta dengan hadiah-hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi dan cenderahati eksklusif!

Berlari Sambil Beramal

Larian amal ScamBuster Run dengan hashtag #RunFromScams, kembali untuk tahun kedua dimana kesemua hasil kutipan larian tersebut akan disalurkan kepada Persatuan SUKA, sebuah organisasi bukan kerajaan, untuk digunakan bagi menyediakan pendidikan pra-sekolah kanak-kanak Orang Asli seperti belajar bertutur, membaca, menulis, dan mengira sebagai persediaan untuk pendidikan rendah mereka.

Larian amal bersempena dengan InvestSmart Fest 2018 ini akan berlangsung pada sebelah pagi Ahad, 14 Oktober 2018.  Larian yang terbahagi kepada 4km dan 6km ini dijangka bermula pada jam 7 pagi di sekitar Laman Pinang, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyeru orang ramai menyertai ‘ScamBuster Run’ yang bertujuan memupuk dan mempertingkatkan kesedaran dan tahap pemahaman masyarakat terhadap skim-skim perlaburan yang tidak sah di sisi undang-undang.

Untuk maklumat lanjut mengenai InvestSmart Fest 2018 dan Scambuster Run, sila kunjungi Facebook Investsmartsc dan laman web www.investsmartsc.my

Nur Farra