Siakap Keli

Bapa Kejam Gam Mulut, Mata Anak 1 Tahun Guna Pelekat Kuat Sebab Tak Henti Menangis

Seorang bapa sanggup menyakiti bayi kandung berumur 1 tahun dengan menutup mata dan mulutnya menggunakan gam pelekat kuat selepas anaknya tidak berhenti menangis.

Pihak berkuasa menemui bayi tersebut dalam keadaan ditimbun bantal dan selimut di sebuah bilik hotel selepas mendapat panggilan daripada orang yang tak dikenali untuk ke tempat kejadian.

Suspek didakwa turut memukul anak perempuannya itu tapi sempat melarikan diri sebelum ketibaan pihak berkuasa.

Menurut Jabatan Polis Odessa, Johnnie, 29 berjaya ditahan pada Isnin lalu atas tuduhan mencederakan kanak-kanak sehingga cedera parah pada badan.

Dokuman mahkamah turut mendakwa suspek mencekik dan menumbuk bayi itu sebelum menyapu gam pelekat kuat pada muka mangsa.

Sumber: Mirror Online

Nur Farra