Siakap Keli

Lelaki Syria ‘Mendiami’ KLIA2 Selama 7 Bulan Akhirnya Ditangkap

Sebelum ini kami pernah mendedahkan kehidupan lelaki sama yang ‘terperangkap’ selama hampir 7 bulan di KLIA2 kerana tidak ada permit perjalanan yang sah.  Hassan al Kontar, 36 mengambil keputusan untuk ‘mendiami’ lapangan terbang Malaysia sementara menunggu pihak Imigresen Kanada membawanya keluar dengan permit sah.

Menurut laporan media, Hassan telah ditangkap semalam kerana dikatakan memalukan negara dan berada di dalam kawasan larangan.

Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Imigresen memberitahu, “Kita akan berbincang dengan Kedutaan Syria untuk keluarkan lelaki ini daripada Malaysia.”

Hassan sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada jasa baik pihak lapangan terbang untuk mendapatkan makanan dan keperluan lain.

Media antarabangsa turut pernah melaporkan kisah Hassan yang menjadikan KLIA2 sebagai ‘rumah’ dengan menjadikan ruangan bawah eskalator sebagai tempat tidurnya.

Hassan dipercayai telah ‘menetap’ di lapangan terbang tersebut sejak 7 Mac kerana bimbang dihantar pulang ke Syria yang masih menghadapi perang saudara selama 7 tahun.

Artikel sebelum ini:

(Video) Lelaki Syria Masih ‘Terperangkap’ Di KLIA2, Diajak Kahwin Pun Tak Nak, Tunggu Imigresen Kanada Bawa Keluar Dalam Masa 26 Bulan Lagi

Nur Farra