Siakap Keli

(Video) ‘Komet Kematian’ Bentuk Iras Tengkorak Akan Melintasi Bumi November Ini – NASA

Para astronomi telah mendedahkan ‘Komet Kematian’ berbentuk tengkorak akan merentasi Bumi beberapa hari selepas festival Halloween berlangsung.  Asteroid jenis TB145 ini akan melalui sudut ruang Bumi pada malam 11 November nanti.

Kali terakhir ‘batu’ ini dilihat membuat penampilan adalah pada 31 Oktober 2015.  Pada masa itu, asteroid tengkorak selamat melepasi Bumi dari jarak lebih 300,000 batu, hampir menghampiri Bulan.

Terhasil daripada ciri-cirinya yang berbentuk tengkorak dan melintasi pada hari Halloween, ahli sains bersependapat menggelarkan batu angkasa ini sebagai ‘Komet Kematian.’

 

Menurut pakar astronomi, pada tahun ini asteroid tengkorak akan melepasi Bumi lebih jauh berbanding tahun 2015.  Asteroid akan muncul kira-kira 25 juta batu dan 100 kali lebih jauh antara Bumi dan Bulan.

Pakar asteroid berkata: “Perjumpaan seterusnya akan lebih menarik kerana ia berlaku pada hari Halloween tahun  2088.  Objek itu mendekati Bumi pada jarak kira-kira 20 jarak lunar dan lebih dekat.”

“Data IRTF menunjukkan yang ia mungkin sebuah komet yang sudah mati.”

“Ia akan memantulkan enam peratus cahaya yang diterima daripada matahari.”

Sebelum Asteroid TB145 membuat pendekatannya ke Bumi, NASA menganggarkan sekurang-kurangnya lapan asteroid akan membuat pendekatan ‘Earth Close Approach’ bermula hari ini dan November 7.

Sumber: Express UK

Nur Farra