Siakap Keli

“Hanya Bergurau,” Penjelasan Bapa Mangsa Sumbat Anak Dalam Mesin Dobi Layan Diri

Semalam tular satu rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak diletakkan di dalam mesin basuh sebuah dobi layan diri.  Rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut kerana menyangka ia dilakukan ibu bapa berkenaan.

Menurut laporan media, pemilik dobi mengetahui kejadian tersebut sebaik dimaklumkan bapa mangsa.

Seperti yang diberitahu, bapa mangsa turut terkejut dengan kejadian tersebut dan tidak tahu bagaimana anaknya boleh terperangkap di dalam mesin yang tidak berfungsi itu.

Pemilik dobi berkenaan diberitahu bahawa perbuatan itu dilakukan oleh bapa saudara mangsa yang dikatakan hanya bergurau. Namun, baginya gurauan itu sangat keterlaluan serta mampu mengundang bahaya jika salah cara.

Justeru itu, dia meminta agar pengguna kedai dobinya mengutamakan keselamatan dan berharap kejadian yang sama tak berulang lagi.

Nur Farra