Siakap Keli
Gambar : The Star

Menakjubkan, Ikan Purba Umpama ‘Dinasour’ Dikesan Berada Di Sungai Australia

Spesis ikan purba yang terancam dan dikatakan umpama dinasour telah dikesan di sebuah sungai di wilayah utara Australia. Penemuan itu didedahkan oleh badan pengkaji saintifik negara berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.

Pertubuhan Penyelidikan Industri dan Saintifik Komonwel (CSIRO) mengumumkan pihaknya akan menjalankan kaji selidik selama lima tahun di Sungai Victoria dalam usaha bagi mengenal pasti tabiat dan pembiakan ikan gergaji itu.

Kajian awal di perairan itu telah menemui 25 anak ikan spesis berkenaan membuktikan kewujudan ikan tersebut di perairan itu. Ikan gergaji tersebut yang semakin pupus dikenal pasti sebagai spesis terbesar dunia dan boleh membesar sehingga tujuh meter panjang dan berat mencecah 1000 kilogram.

“Ikan spesis ini adalah umpama dinosaur yang besar.

“Paling besar yang pernah saya lihat mencapai lima meter dan ketika itu ia bagaikan membawa anda ke zaman purba empat juta tahun lalu,” kata penyelidik CSIRO, Richard Pillans kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Jelasnya lagi, ikan gergaji mempunyai populasi yang rendah kerana spesies itu mengambil masa sehingga 15 tahun bagi mencapai tempoh kematangan seksual. Ini menyebabkan penyelidik tidak dapat mempelajari secara tepat tabiat pembiakan ikan ini.

Sumber : Xinhuanet

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.