Siakap Keli

“Atlet Terpaksa Seludup Sendiri Makanan,” Syed Saddiq Terjah Akademi Mokhtar Dahari, Terkejut Kemudahan Indah Khabar Dari Rupa

Pada 2014 lalu, sebuah akademi bola sepak yang terletak di Gambang, Kuantan telah diberi nama baru sempena jasa tokoh bola negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, pada waktu itu sekaligus mengumunkan nama baru akademi itu sebagai ‘Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.’

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, nama akademi ini mencetus kontroversi apabila keadaan semasa akademi tersebut tidak seindah rupanya 4 tahun lalu.

Banyak kerosakan telah dikenal pasti serta beberapa kebocoran dalam sistem pengairan yang menyebabkan beberapa kawasan ditakungi air.

Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan, baru-baru ini sempat menjengah akademi ini bagi melihat sendiri keadaan sebenar selepas mendapat banyak komen daripada orang awam, para juru latih dan ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan di akademi tersebut.

Nur Farra