Siakap Keli

Cukai Baru Yang Mungkin Diperkenalkan Kerajaan Diyakini Tidak Susahkan Rakyat

Sebuah portal berita berbahasa Melayu tempatan hari ini melaporkan bahawa Ahli Dewan Negara, Husam Musa meyakini bahawa cukai baru yang mungkin diperkenalkan kerajaan di masa akan datang tidak akan membebankan rakyat.

Walaupun perincian cukai baru berkenaan masih belum diumumkan, namun beliau yakin bahawa keputusan kerajaan itu tidak akan menyusahkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Lapor media itu lagi, Husam berkata rakyat pada hari ini sudah sedia maklum dengan situasi ekonomi negara yang kronik. Katanya lagi, kerajaan mempunyai pelbagai cara untuk meningkatkan hasil negara berdasarkan pengalaman Perdana Menteri memerintah negara sebelum ini.

Terdahulu, kerajaan dilaporkan tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan cukai baru bagi menambah hasil dan membayar hutang negara. Kenyataan berkenaan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya di  ”Malaysia : A New Investors Fawn New” seperti yang dilaporkan BERNAMA baru-baru ini.

Selain itu katanya, kerajaan juga sedang menilai langkah untuk menjual beberapa aset milik kerajaan antaranya tanah bagi tujuan yang sama. Namun beliau menyebut bahawa proses jualan tersebut tidak sama seperti yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu.

Ujarnya, kerajaan hari ini meungkin menjual tanah kepada penduduk tempatan untuk dibangunkan berbenading amalan ‘tidak baik’ lama yang menjual aset kepada syarikat asing.

BACA : Kerajaan Cadang Kaji Cukai Baru Untuk Bayar Hutang Negara

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.