Siakap Keli

Bakal PM Ke-8 Menang Selesa PRK Port Dickson

Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) disahkan berjaya memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan keputusan majoriti jauh meninggalkan pencabar-pencabar yang lain sebentar tadi dalam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebentar tadi.

Melalui laporan media tempatan, beliau menang setelah memperoleh 31,016 undi, jauh meninggalkan pesaing-pesaing lain terutama calon PAS yang memperoleh 7,456 undi. Undi majoriti dimenangi DSAI adalah 23,560.

Calon-calon lain yang turut bertanding adalah wakil PAS, Lt. Kol. (B) Nazari Mokhtar dan lima lagi calon Bebas iaitu Tan Sri Isa Samad, Saiful Bukhari, Chan Keng Leong, Kan Chee Yuen dan Lau Seck Yan.

BN tidak meletakkan calon selepas memboikot PRK ini yang sengaja dikosongkan oleh penyandang kerusi sebelum ini, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi ruang kepada DSAI untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Melalui laporan media tempatan sebentar tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan peratus keluar mengundi adalah 58.3 peratus, rendah berbanding peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum 14 lalu iaitu 83.16 peratus.

Beberapa pengumuman terdahulu daripada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan menyebut bahawa DSAI akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 sebaik sahaja Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan berkenaan.

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.