Siakap Keli

Kemalangan Tren Di Stesen Tanjung Malim, KTM Maklumkan Berlaku Gangguan Perjalanan

Keretapi Tanah Melayu (KTM) melalui siri kemas kini di laman Twitternya sebentar tadi memaklumkan bahawa berlaku kemalangan membabitkan tren kendaliannya di Stesen Tanjung Malim yang menyebabkan berlakunya gangguan perkhidmatan.

Berdasarkan siri tweet berkenaan, KTM memaklumkan bahawa kemalangan yang berlaku melibatkan tren kargo dengan tren KTM Komuter, Platform 2 di stesen berkenaan. Kejadian kemalangan berkenaan berlaku pada 6.02 pagi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Selain itu, perkhidmatan tergendala turut menjejaskan ETS bagi Sektor Utara yang mengalami kelewatan perjalanan di antara 10 hingga 15 minit. KTM turut memaklumkan berlaku kelewatan untuk tren perjalanan Tanjung Malim – Kuala Kubu Baru.

”Disebabkan kemalangan tren di stesen Tg Malim, tren komuter 2317 (Tg Malim – Kepong) telah mengalami kelewatan dari jadual asal selama 40 minit disebabkan penggunaan satu landasan di antara stesen Tanjung Malim – Kuala Kubu Baru,” menurut tweet berkenaan.

Manakala beberapa laluan lain beroperasi seperti biasa.

”Bagi laluan Kl Sentral – Pelabuhan Klang & Batu Caves – Pulau Sebang, perkhidmatan KTM Komuter beroperasi seperti biasa. Tiada kelewatan perjalanan berlaku buat masa ini.

”Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB : 03-2267 1200 atau layari Twitter @ktm_berhad,” kata tweet itu lagi.

Sumber : KTM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.