Siakap Keli
Gambar : Lowyat Forum

LRT3 Akan Diteruskan, Telan Belanja RM16.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) – Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan belanja sebanyak RM16.6 billion, merangkumi kos pengambilan balik tanah, faedah semasa pembinaan dan kos-kos lain.

Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dalam satu kenyataan hari ini, berkata Prasarana Malaysia Bhd telah memaklumkan kepada syarikat mengenai penerusan projek infrastruktur itu melalui surat kepada MRCB George Kent Sdn Bhd, yang bertarikh 16 Sept.

Katanya, pelaksanaan projek itu akan dimodelkan semula daripada Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP) kepada rejim kontrak harga tetap.

“MRCB akan membuat satu pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities jika terdapat sebarang perkembangan yang ketara berkaitan dengan projek tersebut,” katanya lagi.

Pada 2015, pengendali projek LRT3, Prasarana Malaysia, telah melantik MRCB dan George Kent (Malaysia) Bhd sebagai PDP bagi LRT3, dengan bajet permulaan sebanyak RM9 bilion untuk kerja-kerja pembinaan dan RM1 bilion bagi pengambilalihan tanah.

Sumber – BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di