Siakap Keli

(Video) Enam Pelajar Dipercayai Ponteng Sekolah Diselamatkan Bomba Selepas Terperangkap Dalam Sebuah Rumah

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa bantuan Bomba terpaksa diminta untuk menyelamatkan enam orang pelajar termasuk seorang perempuan selepas ‘terperangkap’ di tingkap empat sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan.

Kesemua pelajar tingkatan lima berkenaan dipercayai ponteng sekolah cuba melarikan diri selepas perbuatan mereka di rumah berkenaan terbongkar. Namun usaha mereka gagal kerana rumah berkenaan berkunci.

Penduduk kampung turut menghubungi ADUN Lobak, Chew Seh Yong untuk memaklumkan mengenai kehadiran kira-kira 10 orang pelajar di rumah tersebut untuk melepak.

Menurut Seh Yong, ketika tiba di sana, beliau mendapat terdapat dua orang guru sedang berusaha memujuk semua pelajar-pelajar berkenaan keluar daripada rumah itu tetapi semua mereka bertindak melarikan diri.

Enam daripadanya bertindak menuruni melalui bahagian belakang menggunakan balkoni, namun terperangkap pada tingkap empat disebabkan pintu rumah berkenaan berkunci.

Sehubungan itu, pihak Bomba terpaksa dihubungi bagi membantu mengeluarkan semua pelajar-pelajar berkenaan menggunakan tangga. Proses ‘menyelamat’ tersebut selesai kira-kira pukul 10.30 pagi.

Kesemua mereka semua diserahkan kepada polis untuk tindakkan lanjut.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.