Siakap Keli

(Video) Hanya Kerana Tegur Anak Mereka Kencing Tepi Jalan, Warga Emas Dibelasah Suami Isteri

Seorang wanita warga emas yang juga seorang tukang sapu sampah jalanan dibelasah pasangan suami isteri dalam satu kejadian yang berlaku di China.

Kesalahannya adalah kerana dia bertindak menegur dan menghalang perbuatan anak pasangan berkenaan yang mahu membuang air kecil di tepi jalan.

Penyudahnya, wanita warga emas berkenaan terpaksa dikejarkan ke hospital atas kecederaan yang diperolehinya akibat kejadian mengejutkan yang berlaku di wilayah Henan itu.

Menceritakan kejadian, Yao Xiang, 66, ketika itu sedang membersihkan kawasan pejalan kaki di sebuah taman yang terletak di Ruzhou. Dia kemudiannya menyedari seorang kanak-kanak sedang bersiap-siap mahu melepaskan hajat di kawasan terbuka menyebabkan dia segera menghampiri kanak-kanak berkenaan dan menegur perbuatannya.

Berbanding ucapan terima kasih kerana menegur perbuatan tidak bermoral anak mereka, Xiang bagainapun menerima penumbuk dan sepak terajang daripada ibubapa kanak-kanak berkenaan kerana berang anak mereka yang mahu kencing diganggu.

Berdasarkan rakaman tular yang diambil oleh pengguna taman yang lain, bapa kanak-kanak berkenaan dilihat menarik rambut Xiang untuk berdiri setelah terjatuh akibat dikasari. Manakala ibu kepada kanak-kanak berkenaan pula dilihat memarahi orang ramai yang berkumpul sambil berulang kali meludah kearah Xiang.

Xiang bernasib baik kerana polis yang ada di kawasan sekitar pantas menghampiri dan meleraikan pertengkaran tersebut. Kedua-dua pasangan tersebut kemudian di bawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Manakala Xiang pula dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan pada beberapa tempat di badan.

”Apabila anda bekerja seperti ini (tukang sapu), orang akan sentiasa memandang rendah pada anda,” kata Xiang dalam keadaan menangis selepas kejadian kepada media tempatan.

Pasangan ibu bapa berkenaan dilaporkan telah membuat permohonan maaf kepada Xiang dan bersetuju untuk membayar bil rawatannya, namun ramai dalam kalangan netizen yang masih tidak berpuas hati dan mahukan kedua-dua mereka dikenakan hukuman yang lebih berat.

Malah, penduduk tempatan yang arif dengan kawasan taman berkenaan turut ‘mengingatkan’ pasangan ibubapa tersebut bahawa tandas awam hanya terletak tidak jauh daripada lokasi kejadian berlaku.

Namaun, Shanghaiist melaporkan bahawa perbuatan ibu bapa menyuruh anak kencing di tepi jalan bukanlah perkara asing di China. Malah, tidak lama sebelum kajdian ini berlaku, viral satu video di China apabila seorang wanita menyuruh anaknya kencing di atas lantai sebuah bas yang dipenuhi penumpang, di Beijing.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=dTfcohUYQIk]

 

Sumber : Shanghaiist

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.