Siakap Keli

Tular Pemain TFC Jual Tiket Sehari Awal, Persatuan Bola Sepak Negeri Siasat Kes

Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2018 yang akan berlangsung Sabtu ini di antara Perak menentang Terengganu semakin hampir sampai ke kemuncak. Sehingga 72,000 tiket dilapor akan dikeluarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Tetapi sebaliknya berlaku di Terengganu, apabila tular satu video penyokong terpaksa berasak-asak hingga dilihat memijak dan memanjat antara satu sama lain demi mendapatkan tiket.

Berhubung isu ini, tular pula gambar seorang pemain daripada Terengganu Football Club (TFC) dikatakan menjual tiket sehingga mengundang ketidakpuasan hati ramai pihak.

Menurut Presiden persatuan itu, Dr Ahmad Samsuri dalam satu kenyataan memberitahu akan menyiasat sejauh mana kebenaran gambar yang tersebar itu.

Isu ini menjadi lebih serius apabila ada yang mendakwa tiket tersebut dijual pada harga yang tinggi dan dijual sehari awal daripada hari sebenar tiket dijual iaitu pada 10.30 pagi tadi.

Pun begitu, ada juga yang memberitahu bahawa tindakan pemain bola tersebut hanyalah sebahagian daripada gurauan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hisahamuddin Abdul Karim berkata sebanyak 30,000 tiket diperuntukkan dengan harga RM50 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Nur Farra