Siakap Keli

”Biar Aku Yang Ajar”, Bapa Mertua ‘Belasah’ Menantu Kaki Pukul Anak Perempuannya

Tular di media sosial hari ini beberapa buah video yang merakam perbuatan seorang lelaki memukul lelaki yang lain, dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Sarawak.

Mengikut laporan media tempatan, insiden berkenaan melibatkan pertengkaran diantara seorang bapa mertua dengan menantunya. Lelaki berkenaan dikatakan berang kerana menantunya itu kerap kali memukul anak perempuannya sehingga mengalami kecederaan.

Dalam video berbahasa Mandarin yang tular tersebut, lelaki tersebut bertindak sedemikian sebagai satu bentuk pengajaran dan juga amaran supaya menantunya tidak lagi berani menyakiti anaknya.

Menantunya yang hanya terduduk di atas jalan sambil mulut berlumuran darah dilihat tidak membalas perbuatan bapa mertunya itu dan sekadar berdiam diri sahaja.

Si bapa juga dirakam beberapa kali mempersoalkan hak menantunya itu untuk memukul anak perempuannya memandangkan dia sebagai bapa tidak pernah sekalipun mencederakan wanita berkenaan.

Justeru katanya, jika ibu bapa menantunya tidak mampu memberi pengajaran kepada lelaki itu, lebih baik dia yang memberikan pengajaran kepada menantunya.

Selain menendang dan menumbuk lelaki berkenaan, si ayah juga turut menggunakan rotan untuk mengajar menantunya itu. Dia dilihat bertambah berang apabila menantunya meminta maaf semasa diajar olehnya, sedangkan lelaki berkenaan tidak pernah memintaa maaf setiap kali memukul isterinya.

Rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan perbuatan si bapa kerana merasakan cara tersebut adalah cara yang tepat untuk mengajar seorang lelaki yang suka memukul seorang perempuan.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.